Thursday, 3 April 2014

Ulang Kaji: Bisnes trading B-to-B


Bisnes pertama Muhammad Muda adalah menjual servis dalam industri penternakan. Ini beliau jalankan semasa berusia 8 - 12 tahun. Kemudian beliau pindah sektor ke dalam bisnes trading. Beliau menjadi trader selama 20 tahun.

Ada 2 jenis trading:
+ Trading B-to-B (bisnes kepada bisnes). Di sini syarikat menjual kepada syarikat lain, ataupun peniaga menjual kepada peniaga lain.
+ Trading B-to-C (bisnes kepada pengguna). Di sini peniaga menjual kepada pengguna atau end-user.
.
Berdasarkan rekod-rekod sejarah, 3 aktiviti bisnes yang Muhammad Muda tidak ceburi:
+ Pembuatan dan pengeluaran
Muhammad Muda tidak pernah menjalankan bisnes manufacturing. Sebagai contoh, beliau tidak membuat roti dan menjual roti. Beliau mengambil produk-produk keperluan hasil keluaran pihak-pihak lain dan mengedarkannya.
Bandingkan strategi bisnes Muhammad Muda dengan situasi dalam kalangan peniaga Melayu yang baru menceburi dunia bisnes. Banyak yang belum apa-apa sudah menceburi sektor pembuatan dan pengeluaran. Mereka meminjam duit bank bagi mengeluarkan produk terkilang.
Belum sempat mereka belajar perkara-perkara paling asas dalam bisnes seperti membuka channel, mengedar dan menjual, mereka sudah terus menjadi pengeluar secara OEM. Pemilik kilang juga yang kaya-raya.
Orang-orang muda baru keluar universiti, baru hadir kursus kilat keusahawanan, mereka terus berani meminjam dan mencadarkan geran hartanah orang tua, ambil hutang bank, serahkan duit hutang itu kepada pekilang.
+ Kontrak
Tiada rekod yang menunjukkan Muhammad Muda pernah menjalankan bisnes contracting. Sebagai contoh, beliau tidak menjadi kontraktor mendirikan rumah orang.
Pada masa ini sangat banyak peniaga Melayu yang menceburi bidang kontrakting dengan harapan dapat menjadi kontaktor kerajaan dan berjaya menjadi cepat kaya.
+ Membuka kedai retail
Muhammad Muda juga tidak menjalankan bisnes retailing dengan membuka kedai ataupun dengan berjaja dari rumah ke rumah.
Bandingkan strategi bisnes Muhammad Muda dengan banyaknya peniaga muda Melayu yang tergoda dengan bisnes membuka kedai francais, lalu membuat pinjaman bank beratus-ratus ribu ringgit.
Sama situasinya macam kes orang muda yang menjadi pengeluar produk secara OEM, orang-orang muda yang membuka kedai francais pun begitu juga. Pinjam duit bank, serahkan duit itu kepada syarikat francaisor. Pemilik lesen francais juga yang kaya-raya. Orang muda juga yang terbeban dengan hutang.
.
Muhammad Muda menjalankan bisnes tradingnya secara B-to-B atau business-to-business. Beliau menjadi pengedar atau orang tengah antara pengeluar dengan trader-trader lain di 9 buah bandar dan negeri.
Contoh bisnes B-to-B, kita membeli keropok lekor dari pengeluar lalu kita jual pula kepada penggoreng keropok di pasar-pasar malam.
.
Muhammad Muda menunjukkan bahawa dalam bisnes trading B-to-B, strategi open-partnership adalah strategi yang ideal.
Beliau berpartner dengan Khadijah. Beliau yang menjalankan trading, Khadijah yang menyediakan modalnya.
Dengan mengaplikasi strategi partnership, meskipun modal yang diperlukan adalah besar, namun semua orang bisnes berpeluang menjalankan bisnes trading B-to-B.
Kemahiran bekerja dengan partner adalah skill kritikal. Ertinya, ini skill yang tidak boleh tidak kita perlu kuasai.
Skill bekerja dengan partner adalah berasaskan beberapa prinsip:
+ Berbahagi-bahagi kuasa
+ Berbahagi-bahagi kerja
+ Berbahagi-bahagi laba
+ Tidak berkata bohong kepada partner, meskipun dalam keadaan sedang bergurau-senda.
Kita boleh menjalankan bisnes trading seorang diri, tanpa berpartner dengan sesiapa. Kita berniaga dengan gaya-towkay. Semua kuasa ada pada kita.
Bisnes trading gaya-towkay menyebabkan bisnes kita tidak mampu berkembang dan membesar.
Muhammad Muda berpartner. Bisnes trading beliau adalah multi-point. Kalau dalam zaman sekarang, bisnes trading Muhammad Muda adalah import-eksport dengan banyak negara.
.
Dalam trading B-to-B, disebabkan kita menjadi orang tengah, kewujudan kita menambahkan kos kepada trader yang menjadi pelanggan kita.
Faktor ini mendorong trader-trader pelanggan kita membeli secara direct keropok lekor itu dari pengeluar. Lalu kita diketepikan.
Kewujudan kita sebagai orang tengah akan disisihkan dalam situasi:
+ Produk kita itu dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.
Keropok lekor dikeluarkan oleh kilang tempatan. Jadi, sangat mudah pelanggan kita mencari kilang keropok lekor itu dan membeli terus darinya.
+ Trader pelanggan kita membeli dalam kuantiti yang banyak.
Disebabkan pembeliannya banyak, maka isu penjimatan kos menjadi sangat penting. Jika pembeliannya kecil, memang tidak berbaloi bagi mereka hendak membeli direct dari pengeluar.
+ Trader pelanggan kita pandai menguruskan pembelian barang import.
Jika produk yang kita tawarkan itu barang import, kedudukan kita sebagai orang tengah masih dapat disisihkan apabila trader pelanggan kita tahu hal-ehwal mengimport produk luar.

**tulisan puan ainon

No comments:

Post a Comment