Saya nak kongsi bagaimana saya Run JTB di fakulti Perubatan.. banyak cabarannya... huhu. Allah jer yang tahu... Modal permulaan RM 6K. Antara cabaran dia:
1) mencari supplier. Ramai yang nak cash tak nak consignment. Cash kalau barang tak habis kita rugi. Jadi duit memang banyak habis kat trial n Error supplier.
2) Supplier FoodFIRE tak nak hantar ke fak perubtan, jauh katanya. Hingga saya pergi ke rumah, secara personal untuk pujuk. Memang pujuk gila2lah.... akhirnya mereka setuju.
3) Saya ambil masa lama nak cari supplier western food. Yang buat spageti, macaroni. Last2, dimakbulkan Allah, orang itu yang datang serah diri. huhu.
4) Ada banyak menu, kebanyakannnya favourite saya. Laksa, spageti, nasi ayam, bihun singapore. roti..cakes..n bla2
5) Pacakgingnya, harus STANDARD. dalam bekas tupperware. Untuk jaga standard fakulti perubatan katanya.... haha. Dorang suka kopi, buah, sayur, benda2 mahal n sihat.
6) Selama dua minggu sales adalah statik... hinggalah minggu ketiga, baru sales tinggi kerana rombakan supplier besar-besaran yang saya lakukan
7) For me, QUALITY comes before you accept Customer's Money. Kalau tak bagus, BUANG TERUS. haha jahatkan?Sebab bagi TRADER, if something happen, nama buruk kat kita dulu, cheese berkulat ke n isu2 lain.
8) Alhamdulillah, staf n student ramai yang puas hati n dorang tak expect owner dia still student dan kami akan tambah menu dari semasa ke semasa terutama DRINKS. iN Business, kena konker bahagian air sebab situ margin TINGGI.
# n sejujurnya, dah lama tak gi sana. Semua urusan by phone. Pagi2, mesej semua pekerja n pastikan supplier hantar barang. Amir Izzudin Bin Aminullah n Muhammad Akif tentera yang banyak bantu saya.saya. Hope you guys learn something. JTB mematangkan saya dan anda.
No comments:
Post a Comment