Apabila kita mahu membuka warung nasi bawah pokok, kedai makan, cafe, ataupun restoran, pilih antara 2 menu ini:
1. Menu untuk orang 'lapar'
Kita menjual menu yang terdiri daripada makanan yang dibeli kerana pelanggan kita berasa lapar dan perlu makan.
Kedai makan dan restoran Mamak menjual makanan untuk pelanggan lapar. Kedai makan Minang dan nasi Padang juga sama. Kedai makan masakan kampung juga tergolong dalam kategori ini.
2. Menu untuk orang 'ingin'
Kita menjual menu makanan yang dibeli oleh pelanggan apabila mereka berasa 'ingin' memakan makanan itu.
.
Banyak kedai makan, cafe, dan restoran francais milik Melayu tutup kerana mereka menjual menu 'ingin'.
Jual menu 'lapar'. Ini adalah bisnes keperluan.
.
No comments:
Post a Comment