Antara produk yang didagangkan oleh Nabi kita (bacalah salawat) adalah kulit.
Apakah signifikannya kulit sebagai produk perdagangan?
Kulit adalah produk intermediate atau produk pertengahan. Produk-produk dalam ketegori ini sudah diproses separuh jalan tetapi belum menjadi produk sempurna atau final product.
Tepung, kain, dan tali adalah contoh produk intermediate.
+ Daripada tepung barulah dihasilkan produk final seperti roti, kek, biskut, cekodok dan lempeng.
+ Kain adalah produk intermediate yang digunakan bagi menghasilkan pakaian, langsir, cadar, telekung dll.
+ Daripada kulit barulah dikeluarkan pelbagai produk seperti beg, kasut, tali pinggang, pelana, kusyen kereta dll.
+ Tali adalah sejenis produk intermediate juga. Daripada tali barulah dihasilkan macam-macam produk final.
+ Beras adalah produk intermediate.
.
Nabi sudah menunjukkan bahawa dalam memiih merchandise, menjual produk-produk intermediate adalah sangat ideal.
Menjual tepung premix untuk kek adalah lebih ideal daripada menjual kek.
Menjual beras adalah lebih ideal daripada menjual nasi lemak.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152399900788114
No comments:
Post a Comment