Saturday, 5 April 2014

PAKSI PENGENDALIAN PROGRAM DATO' ROSLAN- "MOI"

1. Memilih program training.
Saya mengambil pesan bernas dari Puan Guru Anon Mohd.
Kata Puan Guru, dengan mengambil analogi kedai makan.
Apabila kita mahu membuka warung nasi bawah pokok,
kedai makan, cafe, ataupun restoran, pilih antara 2 menu ini:
2. Pertama : MENU UNTUK ORANG LAPAR.
Kita menjual menu yang terdiri daripada makanan yang dibeli kerana pelanggan kita berasa lapar dan perlu makan.
Kedai makan dan restoran Mamak menjual makanan untuk pelanggan lapar. Kedai makan Minang dan nasi Padang juga sama. Kedai makan masakan kampung juga tergolong dalam kategori ini.
3. Kedua: MENU UNTUK ORANG INGIN.
Kita menjual menu makanan yang dibeli apabila pelanggan kita berasa 'ingin' memakan makanan itu.
Semua program latihan yang melibatkan saya menyajikan "Menu Orang Ingin". Ianya kecil bilangan dan sungguh mengkhusus dalam bidang.

No comments:

Post a Comment