Friday, 4 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.



1. Sebaik sahaja tamat program program keusahawanan, ramai orang bertanya "Mahu berniaga apa?". Mereka tidak tahu bagaimana mahu bermula. Pada waktu inilah mereka perlu berimbang antara semangat yang membara dengan realiti bisnes di dunia nyata.

2. Banyak orang yang baru mula hendak berniaga mengalami kesukaran berfikir hendak menjual barang yang macam apa. Mereka tidak tahu apa yang hendak mereka jual.

3. Puan Guru Ainon Mohd, memperihal nyata kepada saya betapa Nabi kita sudah menunjukkan strategi mudah apabila hendak memilih barang jualan.

Dalam kelas kami Puan Guru menyenaraikan semakan ciri-ciri barang yang paling bagus diperniagakan:

Kata Puan Guru:

Pertama, Pilih barang-barang keperluan harian.

Kedua, Jangan kita buat sendiri barang-barang itu.

4. Seterusnya Puan Guru tegaskan, ketiga, barang itu dikeluarkan oleh peniaga-peniaga lain. Pilih yang kualitinya paling baik.

Keempat, pilih barang-barang yang laku keras di bandar-bandar ataupun negeri-negeri lain. Yakni, pilih barang yang berpotensi dieksport, yang boleh dijual di tempat lain, tidak semestinya luar negara.

Kelima, pilih barang-barang yang pembelinya sudah menunggu-nunggu.

5. Puan Guru melanjutkan bicara berfaktanya, keenam, pilih barang-barang yang dapat diniagakan secara barter.

Ketujuh, pilih barang-barang yang dapat dihantar dengan selamat, tidak mudah rosak dalam perjalanan.

Kelapan, pilih barang yang dapat dijual kepada trader lain.

Kesembilan, jual pada harga patut.

6. Puan Guru Ainon Mohd menegaskan penekunan beliau,

"Banyak peniaga amatur memilih barang yang sukar dijual"

Sampai disini kelas sunyi dan sepi. Masing masing menghayati bait bait kata Puan Guru. Dua perkataan ini benar benar menghambat, "peniaga amatur" dan "barang yang sukar dijual". Pada masa ini saya berpaling ke belakang. Mencari bayangan Tuan Ikram Al Ikram Al-Banjari, anak muda yang telah lama tidak kelihatan dalam kelas. Beliau selalu berkata pada saya, jual barangan biasa yang orang suka. Alangkah profesionalnya Tuan Ikram.

7. Ini membawa kami kepada perbincangan berikutnya.
Tentang Label, brand dan duit.

Seorang ahli dalam kelas mengangkat tangan dan memberitahu dia menjalankan bisnes mendesain dan mengeluarkan sendiri pakaiannya dengan labelnya sendiri.

Beliau bertanya apakah yang beliau perlu lakukan bagi menaikkan label keluarannya menjadi brand.

8. Puan Guru menjawab pertanyaan itu dengan bertanya, "Puan mahu apa? Mahu label? Mahu brand? Ataupun mahu duit?"

Ahli kelas itu menjawab dengan suara perlahan, antara dengar dan tidak.

Kata beliau, "Mahu duit."

9. Puan Guru meletupkan jawapannya, "Puan baru berhenti kerja.
Dalam tempoh 3 tahun ini, yang paling penting adalah survival bisnes puan. Lupakan label. Lupakan brand. Fikir duit dahulu."

Sampai disitu, saya termenung. Pada nota saya tuliskan
FIKIRKAN DUIT DAHULU.


*tulisan dato' roslan

No comments:

Post a Comment