Thursday, 3 April 2014

Tidak perlu berpartner dengan orang kepercayaan....


Banyak faktor yang wajib ada supaya membolehkan bisnes kita berkembang dengan baik. Faktor yang paling utama adalah sikap kita sendiri sebagai orang bisnes terhadap orang-orang lain.

Apabila kita mempunyai sikap-bisnes yang betul, lebih mudah kita mengembangkan bisnes-bisnes kita.
Contoh sikap-bisnes yang tidak betul: Kita tidak mahu berkongsi keuntungan dengan orang lain. Kita mahu semua duit syarikat menjadi duit kita.
.
Salah satu faktor yang menyebabkan syarikat kita bertahun-tahun kecil, dan terkial-kial hendak berkembang pesat adalah isu 'orang kepercayaan'.

Selagi kita tidak berjumpa dengan orang yang dapat dipercayai, maka kita pun tidak berani membuka syarikat-syarikat baru, dan tidak berani membuat pelaburan-pelaburan baru.

Hendak dibuat sendiri semua kerja, kita tidak berdaya. Kerja-kerja yang sedia ada pun sudah sangat banyak.

Kita tahu kita memerlukan tenaga orang-orang lain. Kita bukan tidak mahu berpartner. Isunya kita tidak dapat menaruh kepercayaan kepada orang lain.

Kita takut nanti orang itu mengkhianati kita. Nanti dia menipu kita, dia menyalahgunakan duit syarikat kita, dia mencuri rahsia bisnes kita, dia melarikan pelanggan kita.

Jadi, biarlah syarikat kita kecil, bisnes kita kecil. Yang penting orang tidak tipu kita! Tak mengapalah kita penat setiap hari, asalkan duit kita selamat.
.
Supaya syarikat kita berkembang baik, kita memerlukan bekalan bakat-bakat yang banyak dan pelbagai.

Apabila kita menjadikan kepercayaan sebagai kriteria memilih partner, talent-pool atau 'sumber bakat' kita menjadi amat kecil.

Berapa ramaikah orang yang dapat kita percayai? Tidak sampai 10 orang! Pasangan kita sendiri. Adik beradik kita. Ibu bapa kita. Anak kita. Kawan baik kita.

Mereka belum tentu mahu bekerja dengan kita. Mereka juga belum tentu mahu menjadi business partner kita. Jika sekalipun mereka mahu, mereka belum tentu layak.

Orang yang kita percayai belum tentu orang yang diperlukan oleh syarikat dan bisnes kita.

*NOTA PUAN AINON MOHD.

No comments:

Post a Comment