1. Kata Puan Guru Ainon Mohd,
Diri kita adalah modal bisnes yang paling mahal.
Orang membeli diri kita dahulu, kemudian barulah mereka membeli produk dari kita. Saya mula buka buku nota dan mencatat. Ilmu harus ditambat. Tambat ilmu dengan mencatat.
Diri kita adalah modal bisnes yang paling mahal.
Orang membeli diri kita dahulu, kemudian barulah mereka membeli produk dari kita. Saya mula buka buku nota dan mencatat. Ilmu harus ditambat. Tambat ilmu dengan mencatat.
2. Berkata lagi Puan Guru, "Jual Diri" kita di mana-mana sahaja ada peluang memperkenalkan diri kita kepada bakal rakan niaga (bukan rakan kongsi).
FB adalah pasaran terbuka yang baik bagi menjual diri kita. Perkenalkan muka kita.
FB adalah pasaran terbuka yang baik bagi menjual diri kita. Perkenalkan muka kita.
3. Gunakan foto yang dapat cepat meyakinkan pasaran bahawa kita adalah orang bisnes yang kredibel. Sambil tersenyum Puan Guru menambah kata, tidak ada siapa yang mahu menjadikan kereta, kasut, kucing, tangan, bunga dan seumpamanya sebagai rakan niaga.
4. Sejak dari hari itu, saya tidak pernah sekalipun menukar profile picture dalam FB. Tidak terusik oleh suasana. Tidak terdefinasi oleh persekitaran. Jadilah saya seumpama ikan di laut masin. Kekal tawar dalam persekitaran garam masim likat. Saya ingat pesan Puan guru.
5. Saya bertanya lagi kepada Puan Guru, apakah lagi tip bisnes yang mahu Puan Guru titipkan sebagai pedoman.
6. Berkatalah Puan Guru dalam senyum kemesraan.
Bisnes yang baik adalah bisnes yang mempunyai tiga ciri utama:
Bisnes yang baik adalah bisnes yang mempunyai tiga ciri utama:
1. Margin keuntungannya kecil tetapi berpanjangan, macam anak sungai yang terus mengalir sepanjang tahun, tahun demi tahun.
2. Bisnes itu dapat berkembang, macam anak sungai yang semakin jauh semakin banyak airnya, semakin besar lembangnya.
3. Ia dapat mencipta peluang-peluang bisnes baru, seperti sungai yang mempunyai banyak anak-anak sungai, boleh bergabung dengan sungai-sungai lain, semakin lama semakin besar tadahannya.
7. Pesan Puan Guru dalam nada perlahan, apabila memilih bisnes apa yang mahu diceburi, jangan pandang duit kecil pada hari ini. Memang, semasa mula-mula dibuka, pada hari ini kita rasa macam tidak berbaloi.
Sebaliknya, pandang masa depan bisnes yang kita ceburi. Apakah bisnes kita itu mempunyai ketiga-tiga ciri di atas itu?
8. Puan Guru menggunakan contoh dari bisnes beliau sendiri dalam sektor penerbitan buku Melayu.
Kata Puan Guru, perlahan teratur dan satu satu, seakan mengingat tapak dimana beliau bermula, dalam bisnes penerbitan buku, margin keuntungannya sangat nipis. Hanya 3% sahaja.
"Kalau buku itu dijual RM10, saya dapat 30 sen sahaja."
9. Sambung Puan Guru ,
"Margin 3% itu macam sangat tidak berbaloi. Manakan tidak, saya yang keluar modal, saya dapat 30 sen, manakala penulis mendapat royalti RM1. Penulis cuma menulis, tetapi dia dapat royalti 10%, yakni RM1.
Memang macam tidak berbaloi."
Memang macam tidak berbaloi."
10. Puan Guru meneruskan cerita beliau, selama 3 tahun pertama kita asyik rugi disebabkan kita menanggung kos membuka hutan, menanam bibit kelapa sawit. Terasa berat, setiap hari duit keluar, badan penat, hasilnya masih tidak nampak.
11. Cerita Puan Guru Ainon Mohd.
"Selama 3 tahun saya keluar modal RM500k, tetapi gaji RM1 pun saya tidak dapat! Makan minum saya ditanggung oleh suami yang makan gaji."
"Namun penerbitan buku mempunyai ketiga-tiga ciri yang saya terangkan di atas. Mulai tahun ke-4, barulah saya mampu membayar gaji saya sendiri. Selepas 4 tahun, baru kita mula menuai. Sekarang PTS membolehkan saya menikmati pendapatan pasif"
12. Ada jenis-jenis bisnes yang semasa kita mula-mula masuk, untungnya besar, tetapi semakin lama semakin kecil.
Dalam senyuman penuh makna, Puan Guru mengakhiri kata,
"Sebagai contoh, bisnes menjadi penyanyi kelab malam. Semasa kita masih muda, masih cantik, masih hensom, kita boleh dapat bayaran mahal. Tetapi semakin lama, semakin bayaran kita jatuh"
13. Puan Guru Ainon Mohd. mengeluarkan duit rm50 dan membayar harga makanan di kedai mamak NZ.
Fuhhhh. Ilmu bermanfaat yang sempat saya catat sebagai pedoman untuk bacaan berulang di Laman Puteri, Kg Baung, Pengkalan Chepa.
*catatan tuan roslan
No comments:
Post a Comment