Sunday, 8 June 2014

Dari ABS: Bisnes Serai


+ Tanam serai untuk masakan sahaja. Jangan tanam serai untuk lain-lain kegunaan.
+ Tanam serai jenis paha gajah. Ini jenis serai yang paling banyak dalam pasaran.
+ Jangan terus tanam serai! Cari pemborong dahulu. Dapatkan maklumat dari pemborong sayur-sayuran berkenaan harga di ladang, dan deal dengan pemborong yang mahu datang dan ambil sendiri di ladang kita.
+ Di manakah kita hendak jumpa pemborong serai? Di KL, boleh pergi di Chow Kit dan di Selayang.
+ Jangan jual kepada pekedai runcit! Deal dengan pemborong sahaja.
+ Mulakan tanam setengah ekar sahaja.
+ Pada bulan ke-4, ambil serai yang sudah matang, dan gunakan itu sebagai benih untuk ditanam di kawasan setengah ekar lagi. Buat macam itu lagi. Dengan cara ini kita hanya keluar modal membeli benih 1 kali sahaja.
+ Cara menuai serai bukan dengan mencabut rumpun serai! Ini teknik salah besar!
+ Gunakan pisau tuai serai yang spesial, bukan pisau dapur!
Berguru dengan Tuan Mahathir Rich Akbb (nama FB).
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152468760968114

No comments:

Post a Comment