Friday, 4 April 2014

Dari ABS: Terperangkap oleh Kepandaian Teknikal


Fenomena orang bisnes terperangkap dalam bisnesnya yang dibuka berdasarkan kepandaian skill teknikalnya adalah fenomena yang banyak berlaku.
Contoh: Disebabkan dia pandai membuat kek dan biskut, dia pun membuka bakeri. Disebabkan dia pandai mendesain pakaian, dia pun membuka butik.
.
Lazimnya, orang yang pandai membuat kerja-kerja teknikal ini akan melakukan semua kerjanya sendiri.
Dialah towkay, dialah kuli. Dialah yang duduk di dalam dapur, dialah juga yang keluar menghantar serundingnya ke kedai-kedai.
Disebabkan dia pandai melakukan kerja itu, dia tidak percaya kepada orang lain. Dia khuatir jika kerja itu diserahkan kepada orang lain, nanti kualiti akan jatuh.
Akibatnya, dia berkuli dalam syarikatnya sendiri!
.
Pandai membuat produk, lain.
Pandai berniaga, lain.
Orang yang memiliki bakat teknikal perlu belajar berniaga dengan cara-cara yang betul. Langkah pertama adalah belajar berniaga dengan mempunyai rakan-kongsi yang pandai berniaga.

No comments:

Post a Comment