Sunday, 6 April 2014

NOTA KEUSAHAWAN JUTAWAN PERKATAAN

.

SENTIASA MENANAM BUDI. LEBIHKAN MEMBERI. SIMPAN LOG BUDI.

1. Saya ingin petik kata kata Tuan Syaizul Amal tentang Patrick Chan. Saya tidak kenal siapa dia ini, namun apabila Tuan Syaizul sudah mula terpesona dengan orang ini, saya fikir orang ini tentu hebat dalam dunia yang Tuan Syaizul arif iaitu Teknologi Maklumat.

2. Tuan Syaizul berperi tentang perkongsian yang paling menarik pada sesi Konvensyen Pakar Bisnes Internet yang beliau hadiri. Patric memulakan dengan bertanyakan apa yang telah mereka pelajari sejak pagi tadi.

3. Patrick berkatanya ada 2 jenis cara menuntut ilmu. Satu adalah dengan mengingati maklumat. Ini adalah cara yang paling bawah. Ia paling asas. Cara ini tidak banyak membawa manfaat kerana memori manusia itu terhad.

4. Cara kedua adalah dengan penyatuan. Patric menggunakan perkataan synthesis. Hanya dengan cara pemahaman dan praktikal sahaja kita boleh bersistesis. Apabila berlaku penyatuan dengan ilmu, maka kita akan lebih mudah menerangkan semula apa yang kita pelajari dengan cara kita sendiri. Jika dilakukan selalu, ia akan melekat dalam diri kita hingga menjadi tabiat.

5. Oleh itu, kata Tuan Syaizul Amal, kita disarankan agar praktikkan walaupun ilmunya kecil. Praktik bermakna 'action' atau tindakan. Maka apakah tindakan paling cepat dan mudah yang boleh saya lakukan?

Contohnya, kita boleh sampaikan semula dengan menaip ilmu ini sebagai post FB. Ia adalah kaedah praktik yang paling mudah untuk dijalankan.

6. Saranan asa Tuan Syaizul Amal adalah sentiasa menulis untuk dikongsikan. Selain dapat kita menyatukan diri dengan ilmu yang baru diterima, kita juga dapat bonus akhirat apabila memberikan nilai kepada rakan-rakan. Ini juga salah satu cara kita menambahkan modal, iaitu modal sosial.

7. Kata mentor Tuan Syaizul Amal yang juga mentor saya, dalam bisnes ini, modal sosial adalah modal peringkat tertinggi. Ramaikan sahabat dalam bisnes. Caranya dengan menanam budi. Lebihkan memberi. 

8. Demikianlah adanya.

No comments:

Post a Comment