1. Saya terseliuh kaki. Terlepas kelas. Puan Guru menghantar mesej ini.
"Doaku untuk Dato' Roslan Ab Hamid, sahabat seperjuangan dalam membangunkan kelas usahawan patuh-syariah:
Ya Allah, Tuhan yang maha menyembuhkan. Sembuhkanlah kecedaraan kaki sahabat kami. Jadikanlah kesakitannya pembersih dosa-dosanya. Amin, ya Allah...."
2. Saya rasa sungguh terharu. Minggu berikutnya dengan rindu yang tidak tertahan dan kaki yang masih terhencot hencot, saya paksa diri datang kelas. Mahu mendengar pesanan guru, menembusi gegendang telinga masuk terus kedalam jiwa.
3. Kata Puan Guru, memulakan kelas, Apabila kita membuka bisnes, banyak bayaran terpaksa ditangguhkan bayarannya.
Sebagai contoh:
Gaji kita sendiri sebagai COO syarikat adalah RM5k sebulan. Tetapi tiap-tiap bulan syarikat tidak mampu membayar gaji kita. Jadi, syarikat kita 'berhutang' kepada kita RM5k sebulan.
4. Puan Guru Ainon Mohd melanjutkan kata,
Bagaimanakah syarikat akan membayar gaji kita itu?
Kita sendiri mesti bekerja keras membawa duit masuk. Apabila syarikat ada duit, barulah syarikat dapat membayar sedikit demi sedikit hutangnya kepada kita.
5. Puan Guru Ainon Mohd melanjutkan bicara dengan berkongsikan pengalaman beliau sendiri semasa membuka syarikat penerbit buku PTS.
Kata puan Guru Ainon Mohd. "Selama 3 tahun PTS tidak mampu membayat gaji saya. Saya ditanggung oleh suami yang makan gaji. Masuk tahun keempat, barulah hutang-hutang gaji saya itu dibayar.... Banyak duit saya!"
6. Sambil memandang kepada rakan rakan dalam kelas yang muda muda,
"Banyak orang muda silap di sini. Mereka tidak ambil gaji disebabkan syarikat tidak mampu membayar gaji"
Dengan lantang Puan Guru mengingatkan,
"Mesti ambil gaji. Cuma gaji itu diambil secara tertangguh"
7. Apa yang penting, Rekodkan berapa jumlah hutang yang syarikat perlu bayar kepada kita. Nanti semangat kita untuk terus bekerja kuat akan sentiasa tinggi.
Hakikat yang perlu digarisbawahi dalam nota adalah kata kata Puan Guru, "Apabila kita tidak ambil gaji, lama-lama kita patah semangat, maklumlah kita berasa sia-sia bekerja sedangkan gaji tak dapat...."
8. Seorang rakan dalam kelas bertanya, dengan memberitahu beliau mempunyai bisnes yang masih kecil.
Katanya rakan sekelas itu lagi, beliau tidak mampu membayar gaji mahal kepada seorang graduate yang beliau mahu ambil bagi membantu menguruskan bisnesnya.
Garduate itu dulu biasa bekerja dengannya semasa cuti universiti. Kualiti kerjanya juga sangat bagus. Akhlaknya juga terpuji.
9. Puan Guru tegas dalam memberi nasihat,
"Ambil graduate itu. Tawarkan gaji RM3k.
Katakan kepada graduate itu, "Saya tawarkan kepada cikpuan gaji RM3k sebulan. Tetapi dalam tempoh 6 bulan ini, saya hanya mampu membayar RM1.8k sebulan. Bakinya saya akan bayar dari masa ke masa apabila bisnes kita sudah mampu membayar hutang saya itu. Apakah cikpuan setuju?"
10. Puan Guru menyambung nasihatnya, "Apabila puan sudah selesai membayar hutang gajinya itu, berikan tambahan RM400 kepadanya sebagai pampasan kos menunggu."
11. Alangkah hebatnya nasihat Puan Guru Ainon Mohd.
Dan beliau meneruskan kelas dengan berkata,
"Banyak peniaga tidak dapat membezakan 2 jenis kerja ini:
1. Kerja-kerja yang nilai bisnesnya rendah.
2. Kerja-kerja yang nilai bisnesnya tinggi.
2. Kerja-kerja yang nilai bisnesnya tinggi.
Akibatnya, dia tidak sedar rupa-rupanya dia penat membuat kerja-kerja No. 1".
12. Pada tahap ini Puan Guru meletupkan kata kata, .
"Duit Bukan Hasil Kerja Keras.
Banyak orang bisnes bekerja bukan main kerasnya, tetapi duitnya tidak banyak. Tidak setimpal dengan kerjanya yang begitu keras. Syarikatnya masih terkial-kial hendak berkembang".
Banyak orang bisnes bekerja bukan main kerasnya, tetapi duitnya tidak banyak. Tidak setimpal dengan kerjanya yang begitu keras. Syarikatnya masih terkial-kial hendak berkembang".
13. Puan Guru menyambung kata, Banyak pula orang yang pada pandangan mata kasar kita, mereka itu tidaklah teruk sangat bekerja. Patut-patut sahaja. Namun bisnesnya dengan steady berkembang baik.
.
14. Bagikan abjad direnda, Puan Guru memberi rumusan,
.
14. Bagikan abjad direnda, Puan Guru memberi rumusan,
Duit bukan datang daripada bekerja keras. Duit datang daripada melakukan kerja-kerja yang betul dengan cara yang betul. Apabila kita melaksanakan kerja-kerja yang betul, duit datang dengan sendirinya.
15. Kelas tamat. Saya menutup nota. Ramai rakan rakan bangun mengambil makanan. Saya yang duduk dibarisan depan, sempat mengutip beberapa mutiara kebijaksanaan lagi dari Puan Guru,
Kata beliau, "Kita berbakat menangkap tenggiri, tetapi kita hanya menangkap cencaru" Dalam nada perlahan beliau mengingatkan saya,
"Situasi seperti dalam pepatah itu banyak berlaku dalam kalangan peniaga.
Kita berbakat memiliki dan menguruskan rangkaian outlet bisnes, namun pencapaian sebenar bisnes kita hanya memiliki 1, 2, ataupun 3 outlet sahaja".
Kita berbakat memiliki dan menguruskan rangkaian outlet bisnes, namun pencapaian sebenar bisnes kita hanya memiliki 1, 2, ataupun 3 outlet sahaja".
"Kita berbakat membangunkan bisnes yang bernilai berpuluh juta, ataupun beratus juta ringgit setahun, namun pencapaian sebenar kita hanya 1, 2, ataupun 3 juta sahaja".
16. Saya buka kembali buku nota. Saya bertanya Apakah maksudnya Puan Guru. Beliau menjelas, Bakat kita, lain. Pencapaian kita, lain.
Bakat kita besar. Pencapaian kita kecil.
Bakat kita membolehkan kita memburu rusa.
Tetapi kita hanya mendapat pelanduk.
Bakat kita membolehkan kita memburu rusa.
Tetapi kita hanya mendapat pelanduk.
17. Oooohhh. Mutiara berharga keluar satu demi satu. Tatkala orang lain sibuk dengan nasi lemak hidangan Puan Adeeb Kasmuni, saya mengutip mutiara berharga.
18. Puan Guru menyambung lagi, Faktor utama yang menghalang pencapaian kita adalah fikiran-fikiran kita sendiri.
Musuh kejayaan kita ada di dalam diri kita. Apa yang kita fikirkan, itulah yang menjadi garis penamat kemajuan bisnes kita. Apabila kita memikirkan bagaimana mahu mempunyai 4 kedai outlet, maka otak kita akan memberitahu kita supaya berhenti pada kedai ke-4.
19. Puan Guru memberikan mutiara terakhir untuk hari itu dengan berkata,
Dato' Roslan, ramai dari orang kita, selesa jadi
"Ikan besar dalam akuarium kecil...."
"Ikan besar dalam akuarium kecil...."
20. Sambung beliau dalam nada berbisik, Anak ikan paus yang berenang di dalam kolam kecil tidak dapat membesar disebabkan saiz kolam itu menghalangnya daripada membesar.
Seseorang itu mungkin mempunyai DNA bisnes profesional, yang mampu menguruskan syarikat besar dengan nilai bisnes berjuta-juta setiap bulan.
Tetapi beliau membuka bisnes di sebuah bandar kecil, 200 km dari Kuala Lumpur. Seperti Dato' yang selesa di Kota Bharu. Bisnes bukan di serambi. Bisnes mesti di Kota Makkah.
Tetapi beliau membuka bisnes di sebuah bandar kecil, 200 km dari Kuala Lumpur. Seperti Dato' yang selesa di Kota Bharu. Bisnes bukan di serambi. Bisnes mesti di Kota Makkah.
21. Saya mengunyah perkataan itu. Pahit seumpama jadam. baik untuk kesihatan. Kata Puan Guru Ainon Mohd. dalam baris ayat terakhirnya,
Bandar kecil adalah akuarium kecil bagi seorang yang mempunyai potensi membangunkan bisnes besar.
Bandar kecil adalah akuarium kecil bagi seorang yang mempunyai potensi membangunkan bisnes besar.
Budaya berbelanja penduduk bandar kecil tidak sama dengan budaya berbelanja penduduk bandar besar. Nilai wang mereka juga berbeza.
Penduduk bandar besar berani berbelanja besar. Gaya berbelanja penduduk bandar besar membolehkan bisnes-bisnes kecil menghasilkan pendapatan besar.
22. Saya tutup buku nota, dengan sebaris ayat:
SHAH ALAM, Aku datang. Beli bangunan. Usahakan anak ketigaNursyazwani Roslan belajar undang undang di UiTM di Shah Alam dan masa depan semakin terbentang.
No comments:
Post a Comment