Monday, 7 April 2014

Dari ABS: Duit Bukan Hasil Kerja Keras.


Banyak orang bisnes bekerja bukan main kerasnya, tetapi duitnya tidak banyak. Tidak setimpal dengan kerjanya yang begitu keras. Syarikatnya masih terkial-kial hendak berkembang.
Banyak pula orang yang pada pandangan mata kasar kita, mereka itu tidaklah teruk sangat bekerja. Patut-patut sahaja. Namun bisnesnya dengan steady berkembang baik.
.
Duit bukan datang daripada bekerja keras. Duit datang daripada melakukan kerja-kerja yang betul dengan cara yang betul. Apabila kita melaksanakan kerja-kerja yang betul, duit datang dengan sendirinya.
Contoh kerja yang betul bagi orang bisnes adalah:
+ Berkawan-kawan dengan orang-orang bisnes lain yang kita tidak kenal. Pergi kursus bisnes. Kita akan berjumpa orang-orang yang kita tidak kenal.
+ Berkawan-kawan dengan orang bisnes lain yang tidak ada kaitan dengan bisnes kita sekarang. Jangan hanya berkawan dengan orang-orang yang bisnesnya serupa dengan bisnes kita sahaja.
.

No comments:

Post a Comment