Apakah tuan menjual barang premium? Apakah tuan tidak mempunyai bisnes lain yang menjual barang murah?
Dalam bisnes, apabila kita aktif dalam pasaran produk premium, mewah, dan harga mahal, kita perlu mempunyai pelaburan lain dalam pasaran barang komoditi dan murah.
Orang bisnes yang bermain dalam pasaran produk dan servis mewah sentiasa menerima kesan awal apabila berlaku ekonomi gawat. Peniaga lain belum terkena tamparannya, kita sudah terkena dulu.
.
Seorang pemilik salun rambut memberitahu, apabila ekonomi merudum, kustomernya datang untuk men-trim rambutnya semata-mata. Malah, majoriti datang dengan sudah siap-siap mensyampu rambutnya di rumah! Jadi servis men-trim rambut menjadi servis pelampung kecemasan.
Pelaburan dalam pasaran barang komoditi adalah pelampung kita semasa kecemasan.
.
No comments:
Post a Comment