Seandainya tuan mempunyai wajah yang tampan ataupun jelita, wajah tuan adalah harta intelek milik tuan.
Tuan boleh 'lesenkan' penggunaan wajah tuan kepada pihak lain. Mereka membayar yuran pelesenan kepada tuan.
Sebagai contoh, tuan boleh lesenkan dan kenakan yuran RM5k setahun kepada sebuah syarikat pengedar beras yang mahu menggunakan foto wajah tuan pada beg-beg berasnya.
.
Bisnes pelesenan tidak sama dengan konsep bisnes francais.
Bisnes pelesenan adalah dengan menyewakan harta intelek. Selagi kita memiliki sebarang bentuk harta intelek, kita berpeluang membuat duit dengan menyewakan harta intelek kita itu.
Contoh:
Label 'ABS' adalah harta intelek. Ia dimiliki oleh syarikat ABS Holding Sdn. Bhd. Justeru, label 'ABS' dapat disewakan kepada pihak-pihak lain dengan menggunakan perjanjian licensing.
.
Banyak rangkaian hotel antarabangsa yang terkenal adalah dibangunkan dengan menggunakan konsep licensing.
Rangkaian-rangkaian hotel itu bukan rangkaian francais.
Bangunan hotel-hotel mereka yang di Malaysia adalah dimiliki oleh syarikat tempatan. Syarikat perhotelan yang menguruskan hotel-hotel itu adalah syarikat tempatan.
Syarikat perhotelan tempatan itu hanya menyewa secara pelesenan hak penggunaan nama rangkaian hotel antarabangsa itu sahaja.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152413956478114
No comments:
Post a Comment