Sunday, 6 April 2014

Dari ABS: Strategi bisnes...



Malam tadi saya mengikuti sepenuhnya interviu Bloomberg dengan CEO syarikat Catterpillar, pembuat traktor terbesar di dunia.

Beliau memberitahu, dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit dari Komatsu dan Hitachi, strategi syarikat Catterpillar adalah 'to give more value to its customers', yakni memberikan kepada pembeli traktornya lebih banyak nilai.

Kemudian CEO Catterpillar itu menerangkan apa maksud 'to give more value to its customers'.... 

Kata CEO itu, "They can make more money by using our tractors." yakni pembeli dapat membuat lebih banyak duit dengan menggunakan traktor Catterpillar.

.

Chairman lembaga pengarah semua anak syarikat ABS dapat meniru strategi Catterpillar itu.

Sebagai Chairman syarikat-syarikat ABS, kita semua dapat memberikan lebih banyak nilai kepada rakan-kongsi kita dalam syarikat yang kita masing-masing pimpin.

Dalam erti kata yang mudah, kita dapat mengembangkan bisnes-bisnes ABS dengan menjadikan ABS 'enjin cetak duit'.

Dengan membuka lebih banyak anak syarikat secara berpartner dengan ABS, ahli-ahli ABS yang menjadi rakan-rakan kongsi kita dapat mengembangkan bisnes-bisnes mereka, dan membuat lebih banyak duit.

"Kaya dengan Mengkayakan"

No comments:

Post a Comment