Friday, 4 April 2014

NOTA KEUSAHAWAN DATO' ROSLAN.


1. Sekitar awal 2002, saya berjumpa dengan Dato' Salleh Majid, waktu itu beliau adalah Pengurus Besar BSKL di pejabatnya. Kami bercakap tentang keusahawanan. Beliau berkata mudah kepada saya, "Kita tidak payah bercakap tentang usahawan kerana kita berdua sama sama makan gaji".
Usahawan perlu bermula.
2. Saya mencungkil beberapa perkara dari Gemulah Dato' Salleh Majid. Beliau berkata, usahawan adalah mereka yang ada impian. Setelah ada impian mereka membina pasukan. Pada tahap inilah yang paling sukar.
Payah dan selalu luka berdarah.
3. Selepas ada pasukan Dato' Salleh kata ceburilah 4 bidang.
Cepat cepat saya bertanya apakah bidangnya? Beliau berkata:
Hartanah.
Dunia Pelaburan.
Dunia perniagaan. Berbisnes.
Dunia internet. Maksudnya online business.
4. Pada setiap seminit seorang usahawan jutawan lahir. Ini jutawan berwang. Bukan jutawan palu gendang. Bukan jutawan jual temberang Meeting Larut Malam. Jutawan yang ada pasak perniagaan sebenar.
5. Ada orang mengambil masa selama 60 tahun baharu sampai ke tahap jutawan. Ada orang ambil masa 16 tahun. Ada orang ambil masa 6 tahun. Ada yang kaya serta merta dan amabil masa 6 bulan sahaja.
6. Bagimana mahu kaya dan berjaya. Pada saya, pertama telan Pil BERANI. Mulakan dengan I yang hujung Impian. Kemudian kembali ke B yang pangkal, Bermula. Bina MINDA JUTAWAN. Ianya adunan keyakinan diri dan keinginan yang menggila. Tidak dapat dibendung lagi.
7. Kedua, jemput pasukan. Belajar Bermentor. Bentuk Masterminding Group. Jadikan ianya realiti. Selalu kita tanya apakah sebab kita ke seminar dan program. Apa perlu kita ke Kurusssus. Jawapannya bagi mendapatkan ilmu baharu atau ilmu lama yang disampaikan dengan cara baharu. Kedua, untuk mendapatkan rangkaian dan pasukan penyokong baharu.
Ia seumpama penguat semangat yang sedang membara.
8. Sertai satu dari 4 perkara yang Dato' Salleh Majid sebut 12 tahun dahulu itu.
Dan kita berada di landasan terbentang untuk masuk Puak Kaya dan Berjaya..

No comments:

Post a Comment