Monday, 14 April 2014

Dari ABS: Banyak Duit Tetapi Miskin


Banyak peniaga yang tiap-tiap hari dia 'bermain' dengan duit. Tiap-tiap hari jualannya laku. Tiap-tiap hari duit tunai masuk laju, keluar pun laju.
Duit bisnes dan duit peribadi bercampur dalam satu akaun. Itulah akaun bisnes, itulah juga akaun peribadi.
Meskipun duit tunai sentiasa ada dalam akaun, tetapi jumlahnya tidak pernah banyak pada satu-satu masa. Ada-ada sahaja perkara yang menyebabkan duit dikeluarkan.... Tukar kereta-lah, tambah kereta-lah, renovate rumah-lah, sekeluarga pergi umrah-lah, holiday ke Korea-lah....
Akibatnya, walaupun duit tidak pernah kering dalam tangan, tetapi duit tidak pernah berlonggok banyak dalam akaun bank.
.
Tanpa mempunyai duit yang terkumpul banyak, kita tidak mampu membeli hartanah komersial yang tinggi nilainya, seperti membeli rumah kedai di lokasi strategik.
Bagi membeli hartanah bernilai tinggi, kita perlu mempunyai duit tunai beratus ribu ringgit dalam akaun bank, itupun baru untuk membayar down-paymentnya. Belum lagi untuk mendapatkan pinjaman banknya.
Tanpa memiliki hartanah komersial, kita terpaksa terus menyewa. Inilah situasi yang banyak berlaku dalam kalangan peniaga Melayu. Kita 'banyak duit', tetapi 'miskin' hartanah komersial.

No comments:

Post a Comment