1. Dalam bisnes tidak cukup dengan hanya "mencintai". Kita mesti menjadikan bisnes kita unik. Antara yang terbaik di pasaran. Berada berbatu batu di depan. Kepandaian kita memasak dalam periuk kecil dan dipuji ramai orang tidak menjadikan kita hebat sebagai towkay restoran. Bakat membuat dan bakat bisnes adalah dua perkara berbeza.
2. Keluar bangunan. Cari pasaran. Idea bisnes tidak kita dapati dalam bangunan di depan "meja mahal dari kayu hutan Amazon" dalam pejabat. Idea bisnes selalunya didapati dalam terik panas matahari, tatkala peluh memercik ke pipi.
3. Orang bisnes mesti terang pandangan. Pintar peluang. Tahu keperluan pelanggan. Apa yang perlu pasang telinga dan tekun mendengar. Rungutan bukan bermakna serangan. Rungutan adalah tanda mahu menyumbang.
4. Kembara lihat dunia orang. Katak pun keluar dari tempurung dan bercita cita mahu melihat dunia dalam pandangan mata burung. Usah terperap di kampong. Idea terbaik selalunya datang dari negeri orang.
5. Mulakan dalam bidang kepakaran yang ada. Apa yang penting BERMULA. Kembangkan dalam ruang lingkup kecil dahulu. Jadi pakar bidang. Pelanggan selamanya menghargai pengkhususan. Sentiasa ada nilai tambah kepada perkhidmatan. Sesuatu yang kecil pada hemat kita besar impaknya pada orang lain.
6. Apakah kelebihan yang kita tawarkan. Kita bermula dengan membuka channel. Sesiapa yang menguasai channel dia menguasai ibu duit. Minda kita mesti meletakkan pelanggan di minda. Semua ciri ciri pada produk tiada makna selagi pelanggan tidak memberitahu apa kelebihan yang mereka dapati.
7. Testimonial dan endorsan dari pelanggan yang telah menggunakan produk sungguh mempengaruhi orang lain untuk ikut serta. Ia jalan terbentang membawa prospek menjadi pembeli.
8. Bermula dengan apa ditangan. Bermula dengan melakar peta ditangan. Bermula dengan langkah kanan. Bermula dengan meletupkan pemasaran. Kemudian baharu perolehi jualan dalam nilai jutaan.
9. Apakah bunyi letupan pemasaran itu? Ia tidak sama sekali membingitkan telinga. Ia bukan satu dalam ribuan mesej pemasaran yang datang menerpa setiap hari.
10. Ia adalah sesuatu yang unik. Ia hanya berlaku apabila kita melakukan sesuatu yang dekat di hati. Ia datang cepat apabila kita sentiasa ingat dan kita tidak mengambil jalan selamat. Berlumba lumba untuk berjaya.
by Dato' Roslan Ab Hamid
No comments:
Post a Comment