Skill dalam aktiviti perdagangan dan skill menjadi penjual tidak serupa. Kedua-dua skill itu sangat berbeza.
Orang yang pandai menjual belum tentu dia pandai berdagang. Dalam bahasa yang lebih mudah, salesman tidak semestinya pandai menjadi trader.
Trader tahu apa yang pasaran mahukan, dan dia tahu apa yang dapat dijual. Tetapi, meskipun dia tahu apa yang laku dijual, dia tidak pandai menjualnya!
Salesman pandai menjual. Trader pula pandai membeli dan dia pandai mengupah salesman supaya menjualnya semula.
Sukar kita berjumpa salesman yang kaya-raya. Mereka yang menjadi kaya-raya adalah mereka yang mengubah diri mereka menjadi businessman.
Dengan mempelajari ilmu dan skill perdagangan, kita mampu menjadi pemimpin syarikat korporat yang mempunyai puluhan, malah ratusan, salesman yang bekerja untuk syarikat kita.
No comments:
Post a Comment