1. Ada ramai tanya saya, apakah mereka boleh dapat ilmu yang serupa apabila datang bertandang belajar ilmu di ABS. Samakah ilmu yang Puan Guru Ainon Mohd. perturunkan pada Dato' Roslan.
2. Saya tidak dapat menjawab. Lain orang lain penerimaannya. Lain orang lain cara catatannya. Lain orang lain kepintaran lihat peluang.
3. Puan Guru membuka pintu perbincangan, saya pula mengulas panjang. Berjela memperihalkan sesatu perkara. Olahan berbeza. Ilmu tetap dari sumber yang sama.
4. Allah berfirman:
"Aku ciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian" Surah at Tin ayat 4.
"Aku ciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian" Surah at Tin ayat 4.
Muhammad SAW itu sebaik baik insan. Manusia pilihan. Datang pula dari keturunan bangsawan Quraishy. Ayahnya, walaupun tidak pernah bertemu, namun Abdullah bin Abdul Mutalib adalah pedagang berjaya.
5. Potensi Muhammad SAW itu sungguh besar. Contoh terbaik dengan keperibadian mulia. Surah al Qalam ayat 4 : "Dan sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia.
6. Ada kalangan yang mengkritik pengajaran dan perkongsian Puan Guru. Bagi ustaz dan orang ini, tidak wajar membabitkan Muhammad SAW dengan bisnes.
7. Semasa duduk duduk dengan Puan Guru saya berkata, alangkah malangnya bangsa kita. Tatkala Sun Tzu dikatakan ada strategi hebat, semua kalut mencari buku Sun Tzu dan mengaplikasikannya. Begitu juga apabila membaca Blue Ocean Stategy, tulisa W.Chan Kim dan Reene Mauborgne. Namun, apabila kita menggali sirah, bangkitlah orang yang mendabik tahu, padahal hakikatnya mereka pun keliru.
8. Allah SWT memuliakan Muhammad SAW. Api sembahan Majusi yang ratusan tahun menyala di Istana Raja Parsi, padam tiba tiba saat kelahiran Muhammad SAW. Banyak kejadian yang meraikan cahaya kebenaran beliau. Tatkala kecil, dada beliau dibedah dan hatinya disucikan dari perkara tohor kotor dan hasutan iblis oleh Jibrail dengan menggunakan perlambangan air zam zam.
9. Muhammad dalam usia awal 10 tahun telah mula mengikuti Bapa Saudara Abu Talib berdagang sampai ke Jordan, Palestine dan Syria (dulu dikenali sebagai Syam). Usia 12 hingga 18 baginda berkuli sebagai aprentis usahawan dengan bapa saudaranya sehingga telah pergi ke 13 buah pasar dan pusat perdagangan.
10. Muhammad SAW memahami proses bisnes meliputi manusia, peralatan perlu, suasana di medan dan prosedur dan peraturan pihak berkuasa tempatan. Baginda juga kenal dan arif tentang pasaran. Beliau tahu tentang market seller dan market buyer.
11. Inilah yang ditekuni oleh Puan Guru. Inilah yang didalami oleh Puan Guru. Inilah konsep yang dikongsi oleh beliau dengan kalangan yang dekat dan suka mencatat.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment