Tuesday, 22 April 2014

Dari ABS: Semakin Berjimat, Semakin Rugi


Salah satu faktor yang menyebabkan syarikat kecil terkial-kial hendak membesar adalah disebabkan staffnya kerap berhenti kerja. Lazimnya, mereka berhenti apabila menerima tawaran kerja di syarikat lain yang lebih besar.
Sikap majikan yang sangat pandai berjimat-cermat boleh mendorong staff yang baik berhenti kerja.
.
Kita orang Melayu, dari kecil sudah ditanamkan dengan pesanan....
+ Mesti pandai berjimat-cermat
+ Mesti pandai simpan duit
+ Jangan membazir
+ Boros itu kawan syaitan
Pesanan-pesanan seperti itu hanya 'betul' apabila kita berpesan kepada orang yang miskin, pendapatan kecil, makan gaji tetap dan berpencen.
Namun, bagi banyak peniaga kecil Melayu, pesanan seperti itu terbawa-bawa ke dalam dunia perniagaan mereka. Ia menyebabkan mereka terperangkap dalam logik yang menyukarkan bisnes mereka membesar.
.
Dari kacamata staff kita, apabila kita terlalu pandai berjimat cermat, mereka mentafsirkan perangai kita itu sebagai:
+ Majikan kedekut
+ Staff adalah kuli sahaja
+ Syarikat takkan membesar
+ Tidak ada carrier path dalam syarikat
+ Tidak ada harapan masa depan
Penyelesaiannya... Mereka mencari peluang masa depan yang lebih cerah di syarikat lain!

No comments:

Post a Comment