Saturday, 5 April 2014

Ilmu Mengurus Agen

"Apa tindakan tuan untuk pastikan Geng20 betul-betul akan bantu agen-agen dibawahnya untuk berjaya?"

Post ini panjang, jika anda cintakan ilmu, silakan baca ..

Ada dua tindakan saya untuk pastikan Geng20 sentiasa utamakan para agen mereka:

1. Geng20 dilarang daripada menjual secara runcit. Jika HQ tahu dan ia telah disahkan berlaku, akan di terminate tanpa notis.

2. Margin untung per unit agen lagi tinggi dari margin untung per unit Geng20.

Saya nak pastikan yang Geng20 fokus pada volume (kuantiti jualan), biar agen fokus pada margin profit per unit (jumlah keuntungan bagi setiap 1 unit).
.
.
.

Dalam erti kata lain,

Untuk dapat untung banyak : Geng20 wajib pastikan setiap seorang dari agen mereka berjaya menjual dengan baik, sebab untung bergantung pada volume.

Untuk dapat untung banyak : Agen tidak perlu fokus pada kuantiti sangat kerana margin untung per unit mereka dah tinggi.
.
.
.
Sebab apa margin agen lagi tinggi dari margin Geng20?

1. Kos yang perlu ditanggung oleh Geng20 adalah bersifat tetap iaitu kos postage saja. Kos postage akan kekal RM6-RM9 melainkan Poslaju yang ubah. Ianya bersifat tetap.

2. Kos yang perlu ditanggung oleh agen pula sentiasa berubah-ubah. Sebab agen perlu buat FB Ads. Hari ni mungkin iklan mahal, esok murah dan mahal balik.
.
.
.
Jadi, Geng20 dah confirm dapat untung tetap selagi mana agen berjaya menjual. 

Tapi agen pula, kos mereka berubah, dalam erti kata lain, keuntungan mereka juga tidak tetap. Ia bergantung kepada kos FB Ads mereka, walaupun mereka tidak perlu tanggung kos postage.
.
.
.
Jadi, disebabkan itulah, Geng20 perlu fokus pada volume / kuantiti jualan secara keseluruhan, bukan perlu bergantung pada margin untung per unit yang besar.

Agen perlu margin untung per unit yang besar supaya mereka boleh gembira dengan keuntungan bersih walaupun selepas ditolak kos FB Ads yang sentiasa berubah-ubah.
.
.
.
Hasilnya --> Nak taknak, Geng20 perlu juga pastikan agen berjaya menjual untuk pastikan mereka dapat keuntungan yang tinggi. 

Jika mereka tidak betul-betul bantu agen menjual, maknanya volume jualan dari semua agen bawahnya sedikit.

Bila sedikit - Untung sedikit - Geng20 jadi tak senang duduk - Akan usaha bantu agen untuk berjaya dan menjual lebih banyak.
.
.
.
InsyaAllah semua akan happy bila kita sediakan objektif yang betul pada setiap level tu. Apa pendapat anda tentang ini? ‪#‎Geng20‬

No comments:

Post a Comment