Wednesday, 9 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.


1. Tegur ramai dari teman teman FB,
"Lama Dato' tidak melapor catatan nota dalam kelas Puan Guru Ainon Mohd".
Jawab saya, "saya bimbang ramai dari kita muntah dengan ilmu yang saya paparkan. Baik saya bertimbang tara, tidak terlalu banyak memberi ilmu berat".
2. Kali ini saya mahu bercerita lagi. Boleh kita mula sekali lagi.
Kata Puan Guru dalil dari kajian di negara Uncle Sam, mendapati salah satu sifat orang-orang yang amat berjaya dalam bidang bisnes adalah, mereka itu mengambil risiko yang sederhana sahaja.
3. Puan Guru menasihati saya, Dato' mesti berniaga dengan golongan middle-class. Berniaga dengan orang kaya dan mahu kaya adalah sangat menguntungkan. Saya senyum mencerap ilmu berguna.
4. Kata Puan Guru lagi, salah satu ciri minda golongan middle-class adalah mereka itu sangat mementinglan etika, yakni nilai-nilai berkenaan apa yang betul dan apa yang salah. Apabila berniaga dengan mereka, etika kita menjadi faktor kritikal yang menentukan sama ada mereka terus mahu berurusan dengan kita ataupun tidak.
5. Berniaga dengan golongan middle-class menghendaki kita menjaga etika bisnes kita macam kita menjaga dompet kita. Kata Puan Guru lagi, menjual produk kita kepada kelompok 'orang baik-baik' adalah sangat menguntungkan.
6. Pada saat ini saya bertanya, apa maksud pasaran untuk orang baik baik. Puan Guru menjelaskan, sebenarnya saiz pasaran orang baik-baik adalah sangat besar. Mereka juga mempunyai banyak duit. Jadi apabila kita menjaga sensitiviti sektor ini, kita berada dalam sektor yang betul.
7. Puan Guru melanjut kata, salah satu sensitiviti golongan orang baik-baik adalah bahasa. Bahasa itu melambangkan siapa kita. Kajian juga di US, mendapati individu-individu yang berjaya, apabila mereka bercakap, mereka tidak menggunakan ayat teragak-agak.
8. Maksudnya, ujar saya. Puan Guru pun memberi contoh bahasa teragak-agak:
Begini Dato', bahasa teragak agak itu adalah,
"Rasa-rasanya...."
"Kalau tak jadi...."
"Bolehkah...."
"Takut pula kalau...."
"Khuatir nanti...."
"Manalah tahu...."
"Mungkin juga...."
"Apa kata orang...."
"Boss setujukah...."
9. Dato', kata Puan Guru Ainon Mohd. dengan santun berbudi ,
"Kita mesti yakin, barulah orang lain yakin kepada cakap kita!"
10. Saya angguk. angguk dan angguk. Itu cara cepat mencerap ilmu bermanfaat. Orang yang saya panggil ini telah mengasaskan syarikatnya selama 13 tahun dan nilai pasaran beliau beratus juta. Apa lagi yang saya mahu. Sedut ilmu dengan anggukan kepala dan tambat ilmu dengan mencatat segera.
11. Ketiga, kata Puan Guru lagi, ada kajian di US juga yang mendapati individu-individu yang gembira lebih pemurah. Dapatan kajian ini banyak kegunaannya dalam strategi mendorong orang supaya jadi pemurah. Gembirakan dulu hati pelanggan kita dan mereka pasti membeli banyak lagi produk kita.
12. Saya mencatat dalam buku nota:
1. ORANG KAYA dan MAHU KAYA. 2. ORANG BAIK BAIK. 3. ORANG GEMBIRA. Saya tutup buku dan undur. Ramai lagi mentee yang mahu menghadap Puan Guru.

No comments:

Post a Comment