Thursday, 3 April 2014

NOTA KEUSAHAWAN DATO' ROSLAN.


1. Sepanjang 25 tahun dalam dunia usahawan belantara berpuaka ataupun lautan luas sentiasa bergelora ini membawa saya kepada tiga perkara. Ianya rangka untuk berlumba lumba sebagai usahawan.

2. Pertama, kebolehupayaan untuk berkomunikasi. Ini sungguh penting. Berapa kerap kita berhubung dengan pelanggan. Bagaimana kita ambil berat terhadap mereka. Bgaimana pula kita berkomunikasi dalam diri. Ia menentukan emosi kita hari hari.

3. Kedua, bisnes perkara unik. Produk kita mungkin biasa di pasaran, namun aset kita adalah "keboleh upayaan memberikan sesuatu yang unik" kepada pelanggan. Saya rasa sungguh terpanggil untuk mendengar cerita keunikan ini dari Dato' Hussamuddin Yaacub, Karangkraf. Dato' Feros Mohamad Jakel, Jakel. Dato' Amir Mohamed Mydin, Mydin. Tuan Ali Hassan, Al Ikhsan.

4. Ketiga, bagaimana kita kekal mengamalkan pengurusan korporat. Syarikat boleh berfungsi tanpa kita. Tuan Faisal Abdullah bercerita bagaimana dia menguruskan syarikat secara on line semasa 3 bulan kembara di Eropah. Ramai dari kita mengamalkan pengurusan Tokei @ Towkay.

5. Kita ini manusia. Kita tidak boleh buat semua perkara. Bisnes adalah kerja berpasukan. Bisnes perlu dijalankan secara berjemaah. Skill bekerjasama adalah skill yang paling utama dalam bisnes.

6. Pilih partner yang berbeza personaliti dengan kita. Kita wajar tahu dan boleh bezakan antara personaliti dengan kemahiran. Apabila kita gigih menyerang di depan, siapakah yang tegap berdiri, nekad bertahan di barisan pertahanan.

7. Kita mesti manfaatkan masa melakukan perkara yang terbaik dalam bidang kepakaran kita. Ambil contoh Richworks, tatkala DrAzizan Osman petah berkata diatas pentas, Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat begitu teliti menyusun atur pasukan di belakang tabir. Tun Jerry adalah seorang yang sungguh teliti membaca setiap cetakan halus pada kertas. Beliau adalah tulang belikat yang mengikat dan DAO nyaman rasa mencurahkan ilmu diatas pentas.

8. Dan sekarang ini, apabila Tuan Jerry mahu beraksi didepan bersama Haji Mohd Asri, Tuan Ir Sofian dan DrNazri Khan, Hajah Yasmin Mohd Ramzi pula mengambil alih menjadi last man supremo diatas padang menjalin renda indah pada setiap abjad kejayaan mereka.

8. Berbalik kepada cerita kita, semua orang yang berkeinginan mahu jadi usahawan pasti disuap dengan perkataan begini:

Motivasi Keusahawanan.
Bagaimana Mendorong Diri.
Semangat Membara mahu Berjaya.
Inisiatif Berdiri atas Kaki Sendiri.

9. Hakikat Nyata, kejayaan kita adalah bergantung pada bagaimana kita mendefinasikan perkataan "kejayaan" itu sendiri. Ada beza besar antara pesona kejayaan dengan pesona kemewahan. Ramai dari kita, termasuk saya juga menyangka pesona kemewahan itulah KEJAYAAN.

10. Bermula dengan BERANI.

B adalah BERMULA.
E adalah EMOSI.
R adalah RISIKO.
A adalah AMBIL BERAT.
N adalah NEKAD
I adalah IMPIAN.

Impian kita tidak lain dari mendapatkan redha Allah. Bisnes adalah cara kita mengalirkan sungai pahala. Kita selamanya tidak layak mendapatkan syurga melainkan dengan ampunan dosa dari yang Maha Esa dan diatas rahmatNya jualah. Kepada Allah kita berserah dan memohon perlindungan.

No comments:

Post a Comment