Bagaimana mahu membentuknya?
1. Semasa duduk duduk dengan Puan Guru Ainon Mohd juga saya sempat mencatat. Kerap baca surah Yusuf. Budi pekerti mulia. Sopan berbudi. Bijak bistari. Berdikari.
2. Dulu dulu semasa menyampaikan ucapan Puan Guru selalu berkisah tentang surah Yusuf. Penceritaan lengkap latar diri seorang Rasul. Indah bahasanya, dalam maksud cerita.
3. Kedua, ajar kepatuhan kepada agama. Solat dan sabar. Perkara pertama dihitung semasa hari akhirat adalah tentang solat. Seawal umur 7 tahun, pastikan anak anak solat.
4. Ketiga, pastikan makanan dan minuman dihabiskan. Usah tinggal berbaki. Berkat ada pada rezeki yang dihabiskan.
5. Keempat, Disiplin dan komitmen. Disiplin dalam menuntut ilmu. Belajar kemahiran berfikir. Sekurang kurangnya ada 8 teknik berfikir yang mesti dialimi.
Disiplin dalam mengurus masa, energi dan keutamaan.
6. Kelima, pengurusan kewangan berhemat. Sanggup ikat perut. Tidak tergoda dengan pesona kemewahan.
7. Keenam. belajar berkuli. Cari MENTOR. Mentor akan memberi panduan supaya tidak mudah sesat dalam perjalanan.
*tulisan dato' roslan
No comments:
Post a Comment