Tuesday, 1 April 2014

Dari ABS: Strategi Mengembangkan Bisnes



Contoh kes: Kita sudah 5 tahun menjalankan bisnes kedai makan yang ada sekarang.
Kita sudah mula berasa amat letih mengulang-ulang kerja yang sama. Sudah macam tidak sanggup lagi hendak menyelesaikan masalah-masalah yang sama, yang asyik berulang-ulang:
+ Setiap hari kita penat
+ Lauk-pauk yang tidak habis
+ Periuk nasi yang rosak lagi
+ Pinggan mangkuk yang sumbing
+ Sudu dan garfu yang hilang
+ Duit di meja cashier yang short
+ Pemilik kedai yang menaikkan sewa
+ Tukang masak yang datang dan pergi
+ Tukang cuci pinggan yang datang dan pergi
.
Bagaimanakah caranya yang efektif bagi mengembangkan bisnes kita yang sudah ada sekarang ini?
Cara yang efektif adalah dengan mengembangkan bakat, ilmu bisnes dan skill-skill yang ada pada staff kita. Ini dilakukan lebih dahulu. Hantar mereka pergi belajar dalam kursus dan seminar. Galakkan mereka berkawan-kawan dengan orang dari syarikat-syarikat lain.
.
Apabila staff kita berkembang, maka bisnes kita akan berkembang dengan sendirinya.
Bagaimanakah kita mengembangkan staff kita? Kita hanya pengusaha kedai makan? Kerja-kerja yang ada pun sudah tidak menang tangan. Staff yang ada pun tidak pernah cukup. Macam mana hendak melepaskan mereka supaya pergi kursus?
Sebagai pemilik syarikat, kita perlu mempunyai rancangan yang konkrit bagaimana kita akan mengembangkan orang-orang kita.
STEP 1: Cipta peluang-peluang bisnes baru untuk staff kita.
STEP 2: Letakkan staff yang memiliki bakat yang sesuai dengan peluang bisnes baru yang sudah kita cipta itu. Mereka akan 'naik pangkat' dengan cara menjadi 'staff penting' yang menjalankan bisnes baru itu.
STEP 3: Serahkan kepada mereka kuasa dan tanggungjawab menterjemahkan peluang-peluang bisnes baru itu sampailah menjadi duit. Kongsikan keuntungan dari bisnes baru itu dengan mereka.
STEP 4: Daftarkan syarikat baru. Jadikan mereka business-partner kita.

No comments:

Post a Comment