Thursday, 10 April 2014

DARI ABS : Produk Bagus, Produk Buruk


Dari kaca mata bisnes, apa yang disebut 'produk bagus', ia tidak semestinya bermakna produk itu produk yang sedap dimakan, ataupun produk yang elok dipandang, ataupun produk yang cantik apabila dipakai.
Banyak produk keluaran peniaga Melayu yang mempunyai ciri sedap, elok dan cantik, tetapi produk itu tidak laku. Syarikat pengeluarnya tutup kedai. Pemiliknya menanggung beban hutang bank berlupuh ribu, malah beratus ribu ringgit.
Biarpun produk itu sedap, elok dan cantik, banyak produk terkilang keluaran peniaga Melayu adalah bad-product.
Dalam bisnes, bad-product adalah produk yang tidak diperlukan oleh banyak orang. Ia sukar dipasarkan.
.
Buah-buahan tempatan dan kerepek-kerepok adalah contoh good-product. Pasarannya baik. Permintaannya tinggi. Di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja, ia dapat dijual. Bekalannya sahaja yang tidak pernah cukup.
Sebuah kiosk buah potong macam dalam foto ini, apabila dibuka di dalam hipermarket, ia boleh menghasilkan jualan purata antara RM500 - RM1000 sehari. Pada hujung bulan, jualan boleh mengatasi jumlah itu.
Kos membuka kiosk buah-buahan dan kerepek adalah rendah. Tidak perlu bergadai bergolok bagi mendapatkan duit hutang dari bank.
.
Mengeluarkan bad-product adalah suatu bad-investment.
Buat BMC-nya dahulu sebelum mencurahkan duit yang kita pinjam dari bank ke dalam lubang. Dengan membuat BMC-nya, awal-awal lagi kita sudah boleh nampak sama ada produk yang dikeluarkan itu adalah good-product ataupun bad-product.

No comments:

Post a Comment