Banyak peniaga Melayu yang masih muda, usia belum 35 tahun, sudah membuka bisnes pertama dengan modal puluhan, malah ratusan ribu ringgit.
Saat ini jiwa mereka dalam keadaan sangat tertekan oleh hutang bank yang banyak. Hutang pokok tidak mampu dibayar. Tiap hari faedah tertunggaknya menjadi pokok!
.
Mereka belum pernah mempunyai pengamalan melangsaikan hutang bank RM20k, tetapi berani membuat pinjaman RM200k.
Mereka belum pernah menjalankan perniagaan gerai makan, tetapi sudah berani membuka restoran francais.
Mereka belum pernah membayar gaji walaupun seorang pekerja, tetapi sekarang mempunyai staff yang beruniform cantik seramai 6 orang.
.
Mereka adalah bekas-bekas peserta pelbagai kursus keusahawanan di mana penganjur kursus dan seminar itu menampilkan penceramah yang menjual semangat palsu, keyakinan palsu, harapan palsu, janji palsu, dan jaminan palsu, kononnya berhutang demi memulakan perniagaan dengan menggadaikan hartanah milik orang tua adalah selamat.
-Puan Ainon-
No comments:
Post a Comment