Thursday, 24 April 2014

SIMPAN CASH!


Ini hanya pandangan peribadi.. Orang yang baru berbisness, jika buat untung, maka simpanlah cash. Jangan terburu-buru nak buat pelaburan itu ini. Pelaburan itu ini macam hartanah adalah kerja orang dah terlebih tunai .
Nak cairkan pelaburan memang susah. Kena pulak masa nak guna sangat-sangat. Tunai adalah sesuatu yang boleh dinikmati segera. Jangan ada yang terpaksa ikat perut demi pelaburan. Kekayaan anda adalah untuk di nikmati. Jangan jadi kaya aset, tapi miskin tunai.
Bukan tak boleh melabur dalam hartanah dsb, tapi biarlah pada masa kita betul-betul mampu. Tunai ada, pelaburan pun ada. Memang nilai matawang boleh crash tapi buat permulaan bisness, kita perlu cash untuk berkembang dan juga sebagai modal pusingan. Juga sebagai back up masa jatuh. Sebab dalam bisness kadang-kadang waktu kejatuhan tidak disedari. Nak naik balik, kena pakai cash!!
Bila aliran tunai sudah stabil dan simpanan solid cash sudah banyak, melaburlah separuh daripadanya..
Pelaburan adalah kemuncak dalam bisness. Sabar.. Nak kepuncak , belajarlah yang dasar-dasar dulu.. Akan sampai masanya nanti.. Mulakan dengan 1, barulah 2.. 
Jangan silap faham dengan status ini.. . Buang yang keruh, ambil la yang jernih..
Wallahualam..

sumber:

https://www.facebook.com/ab.hakim.1/posts/774924105866009

Dari ABS: Pentingnya Produk Mempunyai Label


Label adalah nama. Kita perlu mempunyai label.
Ciri-ciri nama yang bagus:
+ Nama itu 1 perkataan sahaja. Label 1-kata cepat melekat dalam ingatan konsumer. 'Malayan Banking' ditukar kepada 'Maybank'.
+ Nama itu menggunakan perkataan yang sudah melekat dalam memori konsumer. 'Ayamas' (ayam + emas)
+ Nama itu mudah disebut di hujung lidah semua kaum. Sesetengah kaum sukar menyebut bunyi 'r', 'd', 'v'.
+ Nama itu ada kaitannya dengan produk. Jika produk itu 'ayam', pilih perkataan yang terus merujuk kepada 'ayam', bukan benda lain. Jika produk itu adalah air, nama itu mempunyai kaitan dengan air.

Dari ABS: Pentingnya Produk Mempunyai Label


Label adalah nama. Kita perlu mempunyai label.
Ciri-ciri nama yang bagus:
+ Nama itu 1 perkataan sahaja. Label 1-kata cepat melekat dalam ingatan konsumer. 'Malayan Banking' ditukar kepada 'Maybank'.
+ Nama itu menggunakan perkataan yang sudah melekat dalam memori konsumer. 'Ayamas' (ayam + emas)
+ Nama itu mudah disebut di hujung lidah semua kaum. Sesetengah kaum sukar menyebut bunyi 'r', 'd', 'v'.
+ Nama itu ada kaitannya dengan produk. Jika produk itu 'ayam', pilih perkataan yang terus merujuk kepada 'ayam', bukan benda lain. Jika produk itu adalah air, nama itu mempunyai kaitan dengan air.

Tuesday, 22 April 2014

Dari ABS: Membangunkan Kekayaan Bisnes


"Satu pokok getah takkan menjadi sebuah estet." - Pepatah Tamil.
Holding company dapat digambarkan seumpama ibu keladi yang dikelilingi oleh anak-anak keladi.
.
STEP 1. Daftarkan sebuah holding company.
Holding company adalah syarikat pelaburan semata-mata. Aktiviti holding company adalah menguruskan pelaburan-pelaburannya. Contoh: ABS Holdings Sdn Bhd adalah sebuah holding company yang berpangkalan di ibu pejabat ABS, di Mutiara Gombak.
STEP 2. Holding company membuka anak-anak syarikat.
Holding company wajib memegang saham minimum 51% dalam anak syarikat. Kurang daripada 51% syarikat itu bukan 'anak syarikat'.
STEP 3. Holding company menguruskan pelaburannya dalam anak-anak syarikat.
STEP 4. Anak-anak syarikat membayar yuran pengurusan (management fee) kepada holding company.
Dengan itu anak-anak syarikat berkongsi sumber-sumber pengurusan seperti staff jabatan kewangan, jabatan human resource, jabatan marketing, jabatan guaman, jabatan perancangan korporat dll.
STEP 5. Holding company hanya kaya apabila ia memiliki BANYAK anak-anak syarikat.
Buka banyak anak syarikat dalam pelbagai aktiviti bisnes.
STEP 6. Setiap hujung tahun holding company menerima dividen daripada anak-anak syarikat. "Susu getah yang sedikit, tetapi dikeluarkan oleh banyak pokok getah."
Sedikit tetapi banyaaaak....
.
Nyawa holding company bergantung kepada prestasi bisnes anak-anak syarikatnya.
Apabila anak-anak syarikat survive dan berkembang dan menjadi kaya, barulah anak-anak syarikat itu mampu membayar yuran pengurusan dan membayar dividen kepada holding company.
Jadi, staff holding company perlu memastikan tiap-tiap pokok getahnya tumbuh subur, barulah nanti pokok-pokok getah itu mampu mengeluarkan susu getah dalam bentuk dividen lumayan untuk holding company.
.
Contoh aplikasi strategi holding company:
ABS Holding di HQ (51%) dan Tuan Nik Nik Mohd Tarmizi berpartner mendaftarkan sebuah anak syarikat ABS SecuritiesTech PLT.
ABS SecuritiesTech PLT kemudian menjadi holding company apabila ia membuka anak-anak syarikatnya sendiri:
+ ABS SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Tengku Aziz dan membuka ABS Bangi SecuritiesTech PLT.
+ ABS SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Raja Abdullah dan membuka ABS Shah Alam SecuritiesTech PLT.
+ ABS SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Syed Ahmad dan membuka ABS Taiping SecuritiesTech PLT.
+ ABS SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Ungku Adnan dan membuka ABS Skudai SecuritiesTech PLT.
+ ABS SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Datin Puspa dan membuka ABS Kuching SecuritiesTech PLT.
+ ABS SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Tuan Noor dan membuka ABS Kinabalu SecuritiesTech PLT.
.
Seterusnya ABS Kinabalu SecuritiesTech PLT menjadi holding company dengan membuka anak-anak syarikatnya sendiri:
+ ABS Kinabalu SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Puan Siti dan membuka ABS Sandakan SecuritiesTech PLT.
+ ABS Kinabalu SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Tuan Atan dan membuka ABS Tawau SecuritiesTech PLT.
+ ABS Kinabalu SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan Puan Normin dan membuka ABS Keningau SecuritiesTech PLT.
..... dan membuka lain-lain anak syarikat.
.
Seterusnya ABS Kuching SecuritiesTech PLT menjadi holding company dengan membuka anak-anak syarikatnya sendiri:
+ ABS Kuching SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan En. Danial dan membuka ABS Miri SecuritiesTech PLT.
+ ABS Kuching SecuritiesTech PLT (51%) berpartner dengan En. Adom dan membuka ABS Limbang SecuritiesTech PLT.
..... dan membuka lain-lain anak syarikat.

Dari ABS: Semakin Berjimat, Semakin Rugi


Salah satu faktor yang menyebabkan syarikat kecil terkial-kial hendak membesar adalah disebabkan staffnya kerap berhenti kerja. Lazimnya, mereka berhenti apabila menerima tawaran kerja di syarikat lain yang lebih besar.
Sikap majikan yang sangat pandai berjimat-cermat boleh mendorong staff yang baik berhenti kerja.
.
Kita orang Melayu, dari kecil sudah ditanamkan dengan pesanan....
+ Mesti pandai berjimat-cermat
+ Mesti pandai simpan duit
+ Jangan membazir
+ Boros itu kawan syaitan
Pesanan-pesanan seperti itu hanya 'betul' apabila kita berpesan kepada orang yang miskin, pendapatan kecil, makan gaji tetap dan berpencen.
Namun, bagi banyak peniaga kecil Melayu, pesanan seperti itu terbawa-bawa ke dalam dunia perniagaan mereka. Ia menyebabkan mereka terperangkap dalam logik yang menyukarkan bisnes mereka membesar.
.
Dari kacamata staff kita, apabila kita terlalu pandai berjimat cermat, mereka mentafsirkan perangai kita itu sebagai:
+ Majikan kedekut
+ Staff adalah kuli sahaja
+ Syarikat takkan membesar
+ Tidak ada carrier path dalam syarikat
+ Tidak ada harapan masa depan
Penyelesaiannya... Mereka mencari peluang masa depan yang lebih cerah di syarikat lain!

Dari ABS: Apa itu 'pasaran tepu'?

Kita selalu tidak berani memulakan periagaan dalam bidang yang produk itu sudah banyak dalam pasaran. Orang kata, pasaran produk itu sudah tepu.
Tetapi, produk yang banyak dalam pasaran tidak semestinya bermakna pasaran sudah tepu.
Walaupun produk sudah banyak, belum tentu produk itu betul-betul macam yang dimahukan oleh semua pembeli.
.
Jangan khuatir memasuki pasaran yang sudah banyak pemainnya.
Fenomena 'banyak pemain' adalah bukti bahawa produk itu mempunyai banyak permintaannya, yakni pasarannya sudah terbukti wujud.
Kita hanya perlu menawarkan kualiti yang lebih baik, betul-betul macam yang pembeli mahukan.
.

Sunday, 20 April 2014

Dari ABS: Risiko Berpartner dengan Pasangan Hidup


Banyak peniaga yang membuka syarikat sendirian berhad memilih pasangan sendiri sebagai business-partnernya dan pengarah syarikat.
Banyak kelebihan memilih pasangan sendiri sebagai partner:
+ Tidak timbul masalah tidak percaya kepada kejujuran pasangan sendiri.
+ Tidak timbul masalah perselisihan pendapat dan konflik antara ahli-ahli lembaga pengarah syarikat.
+ Pasangan sendiri akan memberikan 100% kebebasan dan kuasa.
.
Antara risiko mengambil pasangan sendiri sebagai rakan-kongsi dan pengarah syarikat adalah:
+ Pasangan sendiri belum tentu memiliki bakat dan kelulusan profesional yang diperlukan oleh syarikat.
+ Pasangan sendiri tidak dapat memainkan peranan sebagai check-and-balance dengan berkesan. Pasangan sendiri lebih mementingkan harmoni rumahtangga daripada mengemukakan pendapat yang bertentangan.
+ Tanpa check-and-balance dalam lembaga pengarah, kemungkinan kita melakukan kesilapan yang membahayakan bisnes dan kestabilan kewangan syarikat adalah lebih tinggi.

Monday, 14 April 2014

Dari ABS: Banyak Duit Tetapi Miskin


Banyak peniaga yang tiap-tiap hari dia 'bermain' dengan duit. Tiap-tiap hari jualannya laku. Tiap-tiap hari duit tunai masuk laju, keluar pun laju.
Duit bisnes dan duit peribadi bercampur dalam satu akaun. Itulah akaun bisnes, itulah juga akaun peribadi.
Meskipun duit tunai sentiasa ada dalam akaun, tetapi jumlahnya tidak pernah banyak pada satu-satu masa. Ada-ada sahaja perkara yang menyebabkan duit dikeluarkan.... Tukar kereta-lah, tambah kereta-lah, renovate rumah-lah, sekeluarga pergi umrah-lah, holiday ke Korea-lah....
Akibatnya, walaupun duit tidak pernah kering dalam tangan, tetapi duit tidak pernah berlonggok banyak dalam akaun bank.
.
Tanpa mempunyai duit yang terkumpul banyak, kita tidak mampu membeli hartanah komersial yang tinggi nilainya, seperti membeli rumah kedai di lokasi strategik.
Bagi membeli hartanah bernilai tinggi, kita perlu mempunyai duit tunai beratus ribu ringgit dalam akaun bank, itupun baru untuk membayar down-paymentnya. Belum lagi untuk mendapatkan pinjaman banknya.
Tanpa memiliki hartanah komersial, kita terpaksa terus menyewa. Inilah situasi yang banyak berlaku dalam kalangan peniaga Melayu. Kita 'banyak duit', tetapi 'miskin' hartanah komersial.

Friday, 11 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.


1. Puan Guru Ainon Mohd. berpesan lagi:
"Apabila baru hendak belajar berniaga, buka BISNES SERVIS untuk orang kaya.
Bisnes servis jenis ini tidak akan menyebabkan kita muflis
ataupun disaman sampai turun-naik tangga mahkamah"
2. Saya mahu tambah sedikit:
Apabila mahu berkongsi ilmu, kongsikan kepada orang yang mahu kaya.
Mereka datang secara sukarela dan sentiasa rajin berusaha.
Kita dapat melihat hasil kesungguhan mereka yang mahu berjaya.
3. Puan Guru pun mengingatkan saya tentang sangkaan ramai kawan itu adalah menambah modal sosial. Pandai berkawan, banyak berkawan, itu belum cukup.
Kata Puan Guru, lazimnya kita menyangka orang yang mempunyai banyak kawan adalah juga orang yang mempunyai modal sosial yang tinggi.
Kawan-kawan kita adalah modal sosial kita. Benarkah?
Tidak, tidak semestinya begitu!
4. Kawan-kawan yang tidak dapat menolong bisnes kita adalah 'kawan'.
Mereka bukan 'modal sosial' kita.
Jadi, kita mungkin kenal individu-individu yang amat popular, yang pandai bergaul, yang pandai bergurau, yang pandai berbual-bual, oleh itu mereka mempunyai banyak kenalan dan kawan.
5. Namun kemudian, tambah Puan Guru, apabila mereka terjun ke dunia bisnes, mereka mengeluh dan mengadu dengan rasa pahit, bagaimana kawan-kawannya tidak mahu menolong mereka.
Tidak semua kawan kita adalah modal sosial kita. Hanya kawan-kawan yang pernah termakan budi kita sahaja yang berpotensi menjadi modal sosial kita.
6. Sekali lagi, Puan Guru ingatkan, Individu-individu yang pernah kita tolong, hanya merekalah yang berpotensi sanggup bersusah-payah menolong bisnes kita.
Setiap kali kita menolong orang, kita menanam budi. Budi yang kita tanam itu adalah 'polisi insurans sosial' kita.
7. Puan Guru menutup perkongsiannya,
Modal sosial bukan percuma.
Kita tolong kawan, barulah kawan tolong kita.

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.


1. Ramai tanya bagaimana saya bertalaqi dengan Puan Guru Ainon Mohd.
Benar saya telah lama mengikuti seminar kendalian beliau seawal tahun 90an. Membaca hampir semua buku buku beliau. Namun ia sekadar pengalaman minda.
2. Pengalaman spiritual saya bermula 26hb Mei, 2013. Duduk berhadap muka, membuka nota dan mencatat mutiara kata dari Puan Guru. Ianya baharu 11 bulan yang lalu. Dan inilah komentar pertama Puan Guru terhadap saya.
"Hari ini saya kami diberi kesempatan berkenalan dan berbual-bual dengan Datuk Roslan Ab Hamid. Kami bertambah hormat kepada rakan baru ini dalam perjuangan memandaikan bangsa. Kehadiran beliau adalah anugerah mulia bagi kami dalam ABS"
3. Benar ianya puji pujian. Saya ucapkan Astaghafirullah. Namun apa yang mahu saya garisbawahi adalah hidup perlu berguru. Dapatkan ilmu dan kita tidak lagi celaru.
4. Setiap tahun saya beli edisi baharu buku, Biografi Muhammad Bin Abdullah tulisan Profesor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Dr Noor Naemah Abd Rahman. Sirah ini melekat penceritaannya. Ianya buku yang di terbitkan oleh PTS dengan gaya bahasa Puan Guru Ainon Mohd.
5. Daripada Puan Guru Ainon Mohd saya belajar tip pengurusan gaya Nabi SAW.
Menurut penekunan Puan Guru, salah satu ciri orang-orang Nabi SAW adalah mereka itu mempunyai enthusiasm yang amat tinggi. Pantang sahaja Nabi SAW memberitahu sesuatu, terus mereka lakukannya, tak payah disuruh-suruh.
6. Inilah cita cita saya sebagai majikan, supaya dapat menjadikan staff kita macam orang-orang Nabi SAW. Penuh entusiasme.
7. Puan Guru mengingatkan saya, antara perkara-perkara yang dapat membunuh entusiasme adalah:
1. Nasihat yang tidak diminta
2. Teguran
3. Peringatan
4. Kritikan
5. Siasatan
6. Ungkitan
7. Ramalan negatif
8. Denda, hukuman
8. Makala perkara-perkara yang mencipta entusiasme pula adalah seperti berikut:
1. Pujian ke atas sikap yang baik
2. Pujian ke atas daya usaha
3. Pujian ke atas hasil kerja
4. Pujian ke atas prestasi
5. Pujian serta-merta
6. Pujian yang diucapkan di hadapan orang
7. Pujian ke atas pencapaian kecil
8. Pujian di belakang
9. Sangka baik
9. Semua ini terkam indah dalam dada saya. Betapa Puan Guru mengajar cara cara terbaik sebagai pemimpin untuk mencipta enthusiasme atau keterujaan kepada orang orang disekitar kita.
10. Lagi kata, Puan Guru kita mesti sentiasa mengurus hati kita disamping juga
mengurus hati orang.
Kata Puan Guru, kita selalu dinasihati supaya belajar menjaga hati klien dan pelanggan kita. Jarang sekali kita dinasihati supaya belajar mengurus hati kita sendiri.
11. Kita ini orang bisnes. Orang bisnes adalah manusia biasa. Kita mempunyai hati, jadi ada masa-masanya kita sakit hati, jauh hati, makan hati dengan orang-orang yang ada kaitan dengan bisnes kita.
Hubungan antara hati kita dengan duit kita adalah sangat rapat.
Hati kita adalah salah satu modal bisnes kita.
12. Sambung Puan Guru, disebabkan kita kurang mahir mengurus hati kita sendiri, kita mungkin boleh hilang peluang membuat duit dengan lebih banyak.
Puan Guru melontarkan kata kata, Kita tidak perlu menyukai orang-orang yang kita ada urusan bisnes dengan mereka. Asingkan emosi kita daripada keputusan-keputusan bisnes yang kita buat.
13. Benar, sebagai manusia biasa, kita mungkin menyampah dengan sikap dan cara kerja orang itu, namun kita terus bekerjasama dengannya kerana urusan bisnes semata-mata.
Banyak orang yang kita sukai sikap dan cara kerjanya, tetapi mereka itu tidak pula membolehkan kita buat banyak duit.
14. Dato' perlu ingat. Puan Guru Ainon Mohd. dalam kebijaksanaannya menitipkan pesan berguna buat saya,
"Dalam bisnes, fokus kita adalah bisnes. Tolak emosi kita ke tepi. Jangan benarkan emosi kita mempengaruhi keputusan-keputusan bisnes kita.
15. Sentiasa ingat, pesan Puan Guru,
"Urus hati kita. Nanti duit lebih mudah datang sendiri...."
16. Saya ingat Puan Guru. Saya ingat pesan ini. Saya ingat sampai mati. Jaga hati. Jaga hati kita. jaga supaya hati bening sejernih mata air yang mengalir.

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.


1. Ramai tanya bagaimana saya bertalaqi dengan Puan Guru Ainon Mohd.
Benar saya telah lama mengikuti seminar kendalian beliau seawal tahun 90an. Membaca hampir semua buku buku beliau. Namun ia sekadar pengalaman minda.
2. Pengalaman spiritual saya bermula 26hb Mei, 2013. Duduk berhadap muka, membuka nota dan mencatat mutiara kata dari Puan Guru. Ianya baharu 11 bulan yang lalu. Dan inilah komentar pertama Puan Guru terhadap saya.
"Hari ini saya kami diberi kesempatan berkenalan dan berbual-bual dengan Datuk Roslan Ab Hamid. Kami bertambah hormat kepada rakan baru ini dalam perjuangan memandaikan bangsa. Kehadiran beliau adalah anugerah mulia bagi kami dalam ABS"
3. Benar ianya puji pujian. Saya ucapkan Astaghafirullah. Namun apa yang mahu saya garisbawahi adalah hidup perlu berguru. Dapatkan ilmu dan kita tidak lagi celaru.
4. Setiap tahun saya beli edisi baharu buku, Biografi Muhammad Bin Abdullah tulisan Profesor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Dr Noor Naemah Abd Rahman. Sirah ini melekat penceritaannya. Ianya buku yang di terbitkan oleh PTS dengan gaya bahasa Puan Guru Ainon Mohd.
5. Daripada Puan Guru Ainon Mohd saya belajar tip pengurusan gaya Nabi SAW.
Menurut penekunan Puan Guru, salah satu ciri orang-orang Nabi SAW adalah mereka itu mempunyai enthusiasm yang amat tinggi. Pantang sahaja Nabi SAW memberitahu sesuatu, terus mereka lakukannya, tak payah disuruh-suruh.
6. Inilah cita cita saya sebagai majikan, supaya dapat menjadikan staff kita macam orang-orang Nabi SAW. Penuh entusiasme.
7. Puan Guru mengingatkan saya, antara perkara-perkara yang dapat membunuh entusiasme adalah:
1. Nasihat yang tidak diminta
2. Teguran
3. Peringatan
4. Kritikan
5. Siasatan
6. Ungkitan
7. Ramalan negatif
8. Denda, hukuman
8. Makala perkara-perkara yang mencipta entusiasme pula adalah seperti berikut:
1. Pujian ke atas sikap yang baik
2. Pujian ke atas daya usaha
3. Pujian ke atas hasil kerja
4. Pujian ke atas prestasi
5. Pujian serta-merta
6. Pujian yang diucapkan di hadapan orang
7. Pujian ke atas pencapaian kecil
8. Pujian di belakang
9. Sangka baik
9. Semua ini terkam indah dalam dada saya. Betapa Puan Guru mengajar cara cara terbaik sebagai pemimpin untuk mencipta enthusiasme atau keterujaan kepada orang orang disekitar kita.
10. Lagi kata, Puan Guru kita mesti sentiasa mengurus hati kita disamping juga
mengurus hati orang.
Kata Puan Guru, kita selalu dinasihati supaya belajar menjaga hati klien dan pelanggan kita. Jarang sekali kita dinasihati supaya belajar mengurus hati kita sendiri.
11. Kita ini orang bisnes. Orang bisnes adalah manusia biasa. Kita mempunyai hati, jadi ada masa-masanya kita sakit hati, jauh hati, makan hati dengan orang-orang yang ada kaitan dengan bisnes kita.
Hubungan antara hati kita dengan duit kita adalah sangat rapat.
Hati kita adalah salah satu modal bisnes kita.
12. Sambung Puan Guru, disebabkan kita kurang mahir mengurus hati kita sendiri, kita mungkin boleh hilang peluang membuat duit dengan lebih banyak.
Puan Guru melontarkan kata kata, Kita tidak perlu menyukai orang-orang yang kita ada urusan bisnes dengan mereka. Asingkan emosi kita daripada keputusan-keputusan bisnes yang kita buat.
13. Benar, sebagai manusia biasa, kita mungkin menyampah dengan sikap dan cara kerja orang itu, namun kita terus bekerjasama dengannya kerana urusan bisnes semata-mata.
Banyak orang yang kita sukai sikap dan cara kerjanya, tetapi mereka itu tidak pula membolehkan kita buat banyak duit.
14. Dato' perlu ingat. Puan Guru Ainon Mohd. dalam kebijaksanaannya menitipkan pesan berguna buat saya,
"Dalam bisnes, fokus kita adalah bisnes. Tolak emosi kita ke tepi. Jangan benarkan emosi kita mempengaruhi keputusan-keputusan bisnes kita.
15. Sentiasa ingat, pesan Puan Guru,
"Urus hati kita. Nanti duit lebih mudah datang sendiri...."
16. Saya ingat Puan Guru. Saya ingat pesan ini. Saya ingat sampai mati. Jaga hati. Jaga hati kita. jaga supaya hati bening sejernih mata air yang mengalir.

Thursday, 10 April 2014

DARI ABS : Produk Bagus, Produk Buruk


Dari kaca mata bisnes, apa yang disebut 'produk bagus', ia tidak semestinya bermakna produk itu produk yang sedap dimakan, ataupun produk yang elok dipandang, ataupun produk yang cantik apabila dipakai.
Banyak produk keluaran peniaga Melayu yang mempunyai ciri sedap, elok dan cantik, tetapi produk itu tidak laku. Syarikat pengeluarnya tutup kedai. Pemiliknya menanggung beban hutang bank berlupuh ribu, malah beratus ribu ringgit.
Biarpun produk itu sedap, elok dan cantik, banyak produk terkilang keluaran peniaga Melayu adalah bad-product.
Dalam bisnes, bad-product adalah produk yang tidak diperlukan oleh banyak orang. Ia sukar dipasarkan.
.
Buah-buahan tempatan dan kerepek-kerepok adalah contoh good-product. Pasarannya baik. Permintaannya tinggi. Di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja, ia dapat dijual. Bekalannya sahaja yang tidak pernah cukup.
Sebuah kiosk buah potong macam dalam foto ini, apabila dibuka di dalam hipermarket, ia boleh menghasilkan jualan purata antara RM500 - RM1000 sehari. Pada hujung bulan, jualan boleh mengatasi jumlah itu.
Kos membuka kiosk buah-buahan dan kerepek adalah rendah. Tidak perlu bergadai bergolok bagi mendapatkan duit hutang dari bank.
.
Mengeluarkan bad-product adalah suatu bad-investment.
Buat BMC-nya dahulu sebelum mencurahkan duit yang kita pinjam dari bank ke dalam lubang. Dengan membuat BMC-nya, awal-awal lagi kita sudah boleh nampak sama ada produk yang dikeluarkan itu adalah good-product ataupun bad-product.

Wednesday, 9 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.


1. Tegur ramai dari teman teman FB,
"Lama Dato' tidak melapor catatan nota dalam kelas Puan Guru Ainon Mohd".
Jawab saya, "saya bimbang ramai dari kita muntah dengan ilmu yang saya paparkan. Baik saya bertimbang tara, tidak terlalu banyak memberi ilmu berat".
2. Kali ini saya mahu bercerita lagi. Boleh kita mula sekali lagi.
Kata Puan Guru dalil dari kajian di negara Uncle Sam, mendapati salah satu sifat orang-orang yang amat berjaya dalam bidang bisnes adalah, mereka itu mengambil risiko yang sederhana sahaja.
3. Puan Guru menasihati saya, Dato' mesti berniaga dengan golongan middle-class. Berniaga dengan orang kaya dan mahu kaya adalah sangat menguntungkan. Saya senyum mencerap ilmu berguna.
4. Kata Puan Guru lagi, salah satu ciri minda golongan middle-class adalah mereka itu sangat mementinglan etika, yakni nilai-nilai berkenaan apa yang betul dan apa yang salah. Apabila berniaga dengan mereka, etika kita menjadi faktor kritikal yang menentukan sama ada mereka terus mahu berurusan dengan kita ataupun tidak.
5. Berniaga dengan golongan middle-class menghendaki kita menjaga etika bisnes kita macam kita menjaga dompet kita. Kata Puan Guru lagi, menjual produk kita kepada kelompok 'orang baik-baik' adalah sangat menguntungkan.
6. Pada saat ini saya bertanya, apa maksud pasaran untuk orang baik baik. Puan Guru menjelaskan, sebenarnya saiz pasaran orang baik-baik adalah sangat besar. Mereka juga mempunyai banyak duit. Jadi apabila kita menjaga sensitiviti sektor ini, kita berada dalam sektor yang betul.
7. Puan Guru melanjut kata, salah satu sensitiviti golongan orang baik-baik adalah bahasa. Bahasa itu melambangkan siapa kita. Kajian juga di US, mendapati individu-individu yang berjaya, apabila mereka bercakap, mereka tidak menggunakan ayat teragak-agak.
8. Maksudnya, ujar saya. Puan Guru pun memberi contoh bahasa teragak-agak:
Begini Dato', bahasa teragak agak itu adalah,
"Rasa-rasanya...."
"Kalau tak jadi...."
"Bolehkah...."
"Takut pula kalau...."
"Khuatir nanti...."
"Manalah tahu...."
"Mungkin juga...."
"Apa kata orang...."
"Boss setujukah...."
9. Dato', kata Puan Guru Ainon Mohd. dengan santun berbudi ,
"Kita mesti yakin, barulah orang lain yakin kepada cakap kita!"
10. Saya angguk. angguk dan angguk. Itu cara cepat mencerap ilmu bermanfaat. Orang yang saya panggil ini telah mengasaskan syarikatnya selama 13 tahun dan nilai pasaran beliau beratus juta. Apa lagi yang saya mahu. Sedut ilmu dengan anggukan kepala dan tambat ilmu dengan mencatat segera.
11. Ketiga, kata Puan Guru lagi, ada kajian di US juga yang mendapati individu-individu yang gembira lebih pemurah. Dapatan kajian ini banyak kegunaannya dalam strategi mendorong orang supaya jadi pemurah. Gembirakan dulu hati pelanggan kita dan mereka pasti membeli banyak lagi produk kita.
12. Saya mencatat dalam buku nota:
1. ORANG KAYA dan MAHU KAYA. 2. ORANG BAIK BAIK. 3. ORANG GEMBIRA. Saya tutup buku dan undur. Ramai lagi mentee yang mahu menghadap Puan Guru.

Dari ABS: Ayat Hype & Ayat Power


Dalam bahasa orang muda-muda, mereka menyebutnya ayat hype sebagai 'ayat power'.
Ayat-ayat hype sudah menjadi trend penulisan dalam iklan-iklan yang copy-nya ditulis sendiri oleh mereka yang baru menceburi dunia perniagaan. Mereka mempunyai guru-guru mereka sendiri yang mengajarkan kepada mereka teknik-teknik mencipta ayat-ayat power.
.
Ayat-ayat hype adalah tidak syariah-compliant. Fungsi ayat-ayat hype adalah me-manipulasi emosi dan fikiran orang yang membaca iklan itu. Dalam bahasa mudah, matlamat ayat hype adalah pemerdayaan.
Justeru, ayat-ayat hype mempunyai ciri-ciri yang mampu mengelirukan orang yang membacanya, dan mampu mendorong mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat yang salah.
Ciri-ciri ayat hype:
+ Tidak memberikan maklumat yang betul dan tepat.
+ Menjual harapan palsu.
+ Menjual janji-janji palsu.
+ Menjual jaminan palsu.
+ Menjual kepastian palsu.
+ Memberikan gambaran palsu tentang skim, produk ataupun servis yang dijual.
.
Contoh ayat-ayat hype:
+ Anda berhak kaya. Jom jadi kaya!
+ Senangnya buat duit. Tak payah makan gaji. Hari-hari duit masyuk. SMS kami segera.
+ Wajah anda putih cerah dalam masa seminggu.
+ Hanya sapukan sahaja. Turunkan berat badan anda sekarang. Wang anda dijamin. 100% efektif!
+ Tak menyesal berhenti kerja. Tak sangka sekarang pendapatan lebih dari gaji manager. Saya boleh tunjukkan caranya. Call nombor ini!
+ Sebuah lagi produk TERBARU dari Dato' Prof Dr. Nardi Abdul. Peluang untuk anda BUAT DUIT. Sudah ada yang dapat RM400K dalam masa 15 hari saja!! Sebuah bisnes yang patuh Syariah.
+ Kem rohaniah untuk mendapatkan anak soleh. Terbukti berkesan. Yuran RM170 sahaja.
+ 550,000 orang peserta program kami sudah berjaya meningkatkan jualan mereka. Anda bila lagi.... Jangan ketinggalan. Daftar hari ini!

Ilmu Mahal

Sepanjang melaburkan lebih RM5,000+ untuk menuntut ilmu bisnes minggu lepas, ia berbalik semula kepada akar produktiviti peribadi:
1) Dalam bisnes - Kenal pasti key activities (aktiviti utama) kita sebagai ahli organisasi.
-- Adakah kita perlu lakukan aktiviti marketing?
-- Adakah kita perlu lakukan aktiviti production?
-- Adakah kita perlu lakukan aktiviti customer support?
Setiap seorang daripada ahli organisasi bisnes tidak boleh melakukan lebih daripada 2 aktiviti.
Ia akan mengakibatkan kurangnya idea dan produktiviti bisnes merudum.
2) Sentiasa mempunyai sumber (resources) untuk membawa bisnes ke tingkat yang lebih tinggi.
-- Cari guru.
-- Cari team.
-- Setiap aktiviti rekodkan menjadi S.O.P supaya mudah duplikasi.

Dari ABS: Duit Baik dan Duit Buruk


Tentang tingkah laku bisnesman yang menggunakan 'duit baik' bagi menyelamatkan 'duit buruk'....
Dalam pepatah orang putihnya, disebut 'good money running after bad money'. Tingkah laku ini kerap berlaku dan dapat kita lihat di sekeliling kita.
Ia berlaku begini, sebagai contoh:
Kita mengambil pinjaman bank RM40k bagi memulakan bisnes direct-selling ala-MLM kita sendiri. Kita mengeluarkan sendiri produk garam-magic yang kita jual RM250 sekotak.
Kemudian bisnes kita tersangkut. Garam-magic kita tidak laku. Beribu kotak stok garam-magic dalam setor tidak bergerak.
Ansuran hutang bank bulanan tersangkut. Bunga hutang bank semakin banyak. Ada pula kawan yang mencadangkan supaya kita muncul di TV3, dan bayarlah slot iklan. Kita pun ikut nasihatnya.
Duit modal RM40k itu sudah lama habis. Di mana hendak dicari duit bagi membayar slot masuk TV3? Kawan kita itu memberi idea supaya kita gunakan kad kredit. Kita ikut nasihatnya. Kita keluar lagi duit. Jualan tidak juga naik.
Kemudian, ada pula kawan lain mencadangkan supaya kita membeli ruang iklan dalam Harian Metro. Duit tidak ada. Kawan itu mencadangkan supaya kita apply kad kredit baru. Kita ikut nasihatnya. Kita keluar duit lagi. Jualan tidak juga naik. Bunga hutang semakin naik.
Kemudian, ada kawan lain mencadangkan supaya kita membeli iklan berbayar dalam internet. Kita tidak pandai membuat website. Duit tidak ada. Kawan itu mencadangkan supaya kita pinjam kad kredit isteri. Kita pun pinjam kad kredit isteri. Kita pun keluar duit lagi, dan kita membayar web-developer. Jualan tidak juga naik. Bunga hutang semakin naik.
Modal RM40k itu pada mulanya adalah good-money, kemudian menjadi bad-money.
.
Bad-money adalah duit yang tidak dapat diselamatkan lagi. Dalam istilah lain ia disebut sunk-cost.
Tingkah-laku di mana kita membelanjakan good-money sebab hendak mendapatkan semula bad-money adalah didorong oleh:
+ Kita berpegang kepada harapan palsu kononnya duit yang lebur itu masih dapat diselamatkan.
+ Kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa kita telah melakukan perkara bodoh dalam bisnes, seperti mengeluarkan garam magic yang tidak laku.
.
Duit-buruk adalah 'bad investment'.
Berhentilah mencurahkan lebih banyak duit-baik ke dalam lubang duit-buruk kerana didorong oleh harapan palsu kononnya kita masih boleh mendapatkan wang RM40k itu dengan menjual garam-magic kita.
Apabila kita mula membelanjakan duit-baik atas harapan-harapan palsu, BISNES SUDAH MENJADI PERJUDIAN.

Tuesday, 8 April 2014

Dari ABS: Menyembunyikan Emosi & Mengasingkan Emosi.


Dua kemahiran itu sangat penting ada pada majikan, orang bisnes dan orang politik.
Dalam dunia bisnes, emosi kita boleh menjadi aset, ia boleh juga menjadi liabiliti. Justeru, kita perlu meningkatkan skill mengurus emosi kita.
.
Sesetengah emosi perlu disembunyikan. Sebagai contoh, sebagai majikan apabila kita lebih sayang mana-mana staff, kita tidak boleh pamerkan emosi kita itu kepada staff lain.
Semua staff perlu berasa dirinya kita hargai. Apabila kita sembunyikan perasaan benci kita, lama-lama kita dapat mengurangkan perasaan benci itu lalu emosi kita kembali normal.
.
Sesetengah emosi perlu kita asing-asingkan. Sebagai contoh, sebagai orang bisnes apabila kita tidak menyukai mana-mana pelanggan kita ataupun orang bisnes lain, kita perlu asingkan emosi kita itu.
Kita mungkin tidak menyukai sikap, perangai dan tingkah laku orang itu, tetapi kita menyukai duitnya.
Kita asingkan 2 perasaan itu. Apa yang kita tidak sukai, letakkan di dalam saku kiri. Apa yang kita sukai, letakkan di dalam saku kanan
Bisnes jalan terus!

Monday, 7 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD


1. Saya terseliuh kaki. Terlepas kelas. Puan Guru menghantar mesej ini.
"Doaku untuk Dato' Roslan Ab Hamid, sahabat seperjuangan dalam membangunkan kelas usahawan patuh-syariah:
Ya Allah, Tuhan yang maha menyembuhkan. Sembuhkanlah kecedaraan kaki sahabat kami. Jadikanlah kesakitannya pembersih dosa-dosanya. Amin, ya Allah...."
2. Saya rasa sungguh terharu. Minggu berikutnya dengan rindu yang tidak tertahan dan kaki yang masih terhencot hencot, saya paksa diri datang kelas. Mahu mendengar pesanan guru, menembusi gegendang telinga masuk terus kedalam jiwa.
3. Kata Puan Guru, memulakan kelas, Apabila kita membuka bisnes, banyak bayaran terpaksa ditangguhkan bayarannya.
Sebagai contoh:
Gaji kita sendiri sebagai COO syarikat adalah RM5k sebulan. Tetapi tiap-tiap bulan syarikat tidak mampu membayar gaji kita. Jadi, syarikat kita 'berhutang' kepada kita RM5k sebulan.
4. Puan Guru Ainon Mohd melanjutkan kata,
Bagaimanakah syarikat akan membayar gaji kita itu?
Kita sendiri mesti bekerja keras membawa duit masuk. Apabila syarikat ada duit, barulah syarikat dapat membayar sedikit demi sedikit hutangnya kepada kita.
5. Puan Guru Ainon Mohd melanjutkan bicara dengan berkongsikan pengalaman beliau sendiri semasa membuka syarikat penerbit buku PTS.
Kata puan Guru Ainon Mohd. "Selama 3 tahun PTS tidak mampu membayat gaji saya. Saya ditanggung oleh suami yang makan gaji. Masuk tahun keempat, barulah hutang-hutang gaji saya itu dibayar.... Banyak duit saya!"
6. Sambil memandang kepada rakan rakan dalam kelas yang muda muda,
"Banyak orang muda silap di sini. Mereka tidak ambil gaji disebabkan syarikat tidak mampu membayar gaji"
Dengan lantang Puan Guru mengingatkan,
"Mesti ambil gaji. Cuma gaji itu diambil secara tertangguh"
7. Apa yang penting, Rekodkan berapa jumlah hutang yang syarikat perlu bayar kepada kita. Nanti semangat kita untuk terus bekerja kuat akan sentiasa tinggi.
Hakikat yang perlu digarisbawahi dalam nota adalah kata kata Puan Guru, "Apabila kita tidak ambil gaji, lama-lama kita patah semangat, maklumlah kita berasa sia-sia bekerja sedangkan gaji tak dapat...."
8. Seorang rakan dalam kelas bertanya, dengan memberitahu beliau mempunyai bisnes yang masih kecil.
Katanya rakan sekelas itu lagi, beliau tidak mampu membayar gaji mahal kepada seorang graduate yang beliau mahu ambil bagi membantu menguruskan bisnesnya.
Garduate itu dulu biasa bekerja dengannya semasa cuti universiti. Kualiti kerjanya juga sangat bagus. Akhlaknya juga terpuji.
9. Puan Guru tegas dalam memberi nasihat,
"Ambil graduate itu. Tawarkan gaji RM3k.
Katakan kepada graduate itu, "Saya tawarkan kepada cikpuan gaji RM3k sebulan. Tetapi dalam tempoh 6 bulan ini, saya hanya mampu membayar RM1.8k sebulan. Bakinya saya akan bayar dari masa ke masa apabila bisnes kita sudah mampu membayar hutang saya itu. Apakah cikpuan setuju?"
10. Puan Guru menyambung nasihatnya, "Apabila puan sudah selesai membayar hutang gajinya itu, berikan tambahan RM400 kepadanya sebagai pampasan kos menunggu."
11. Alangkah hebatnya nasihat Puan Guru Ainon Mohd.
Dan beliau meneruskan kelas dengan berkata,
"Banyak peniaga tidak dapat membezakan 2 jenis kerja ini:
1. Kerja-kerja yang nilai bisnesnya rendah.
2. Kerja-kerja yang nilai bisnesnya tinggi.
Akibatnya, dia tidak sedar rupa-rupanya dia penat membuat kerja-kerja No. 1".
12. Pada tahap ini Puan Guru meletupkan kata kata, .
"Duit Bukan Hasil Kerja Keras.
Banyak orang bisnes bekerja bukan main kerasnya, tetapi duitnya tidak banyak. Tidak setimpal dengan kerjanya yang begitu keras. Syarikatnya masih terkial-kial hendak berkembang".
13. Puan Guru menyambung kata, Banyak pula orang yang pada pandangan mata kasar kita, mereka itu tidaklah teruk sangat bekerja. Patut-patut sahaja. Namun bisnesnya dengan steady berkembang baik.
.
14. Bagikan abjad direnda, Puan Guru memberi rumusan,
Duit bukan datang daripada bekerja keras. Duit datang daripada melakukan kerja-kerja yang betul dengan cara yang betul. Apabila kita melaksanakan kerja-kerja yang betul, duit datang dengan sendirinya.
15. Kelas tamat. Saya menutup nota. Ramai rakan rakan bangun mengambil makanan. Saya yang duduk dibarisan depan, sempat mengutip beberapa mutiara kebijaksanaan lagi dari Puan Guru,
Kata beliau, "Kita berbakat menangkap tenggiri, tetapi kita hanya menangkap cencaru" Dalam nada perlahan beliau mengingatkan saya,
"Situasi seperti dalam pepatah itu banyak berlaku dalam kalangan peniaga.
Kita berbakat memiliki dan menguruskan rangkaian outlet bisnes, namun pencapaian sebenar bisnes kita hanya memiliki 1, 2, ataupun 3 outlet sahaja".
"Kita berbakat membangunkan bisnes yang bernilai berpuluh juta, ataupun beratus juta ringgit setahun, namun pencapaian sebenar kita hanya 1, 2, ataupun 3 juta sahaja".
16. Saya buka kembali buku nota. Saya bertanya Apakah maksudnya Puan Guru. Beliau menjelas, Bakat kita, lain. Pencapaian kita, lain.
Bakat kita besar. Pencapaian kita kecil.
Bakat kita membolehkan kita memburu rusa.
Tetapi kita hanya mendapat pelanduk.
17. Oooohhh. Mutiara berharga keluar satu demi satu. Tatkala orang lain sibuk dengan nasi lemak hidangan Puan Adeeb Kasmuni, saya mengutip mutiara berharga.
18. Puan Guru menyambung lagi, Faktor utama yang menghalang pencapaian kita adalah fikiran-fikiran kita sendiri.
Musuh kejayaan kita ada di dalam diri kita. Apa yang kita fikirkan, itulah yang menjadi garis penamat kemajuan bisnes kita. Apabila kita memikirkan bagaimana mahu mempunyai 4 kedai outlet, maka otak kita akan memberitahu kita supaya berhenti pada kedai ke-4.
19. Puan Guru memberikan mutiara terakhir untuk hari itu dengan berkata,
Dato' Roslan, ramai dari orang kita, selesa jadi
"Ikan besar dalam akuarium kecil...."
20. Sambung beliau dalam nada berbisik, Anak ikan paus yang berenang di dalam kolam kecil tidak dapat membesar disebabkan saiz kolam itu menghalangnya daripada membesar.
Seseorang itu mungkin mempunyai DNA bisnes profesional, yang mampu menguruskan syarikat besar dengan nilai bisnes berjuta-juta setiap bulan.
Tetapi beliau membuka bisnes di sebuah bandar kecil, 200 km dari Kuala Lumpur. Seperti Dato' yang selesa di Kota Bharu. Bisnes bukan di serambi. Bisnes mesti di Kota Makkah.
21. Saya mengunyah perkataan itu. Pahit seumpama jadam. baik untuk kesihatan. Kata Puan Guru Ainon Mohd. dalam baris ayat terakhirnya,
Bandar kecil adalah akuarium kecil bagi seorang yang mempunyai potensi membangunkan bisnes besar.
Budaya berbelanja penduduk bandar kecil tidak sama dengan budaya berbelanja penduduk bandar besar. Nilai wang mereka juga berbeza.
Penduduk bandar besar berani berbelanja besar. Gaya berbelanja penduduk bandar besar membolehkan bisnes-bisnes kecil menghasilkan pendapatan besar.
22. Saya tutup buku nota, dengan sebaris ayat:
SHAH ALAM, Aku datang. Beli bangunan. Usahakan anak ketigaNursyazwani Roslan belajar undang undang di UiTM di Shah Alam dan masa depan semakin terbentang.