Thursday, 5 June 2014

Dari ABS:Francais dan Strategi Bundling


Francais dan Strategi Bundling: Bilakah Berlakunya Pelanggaran Prinsip-Prinsip Muamalat dalam Kontrak Francaisor-Francaisee?
Prinsip '1 akad 1 muamalat' (1 kontrak 1 transaksi) sangat relevan diberi perhatian serius dalam kontrak jual-beli yang melibatkan amalan 'bundling'.
Amalan 'bundling' berlaku di sekeliling kita pada setiap masa. Dalam 'bundling' penjual menawarkan banyak item yang dijual dengan 1 harga.
Dalam kontrak francais terdapat unsur bundling. Apakah bundling dalam kontrak francais konvensional mematuhi syariah?
.
Contoh bundling:
1. Pembelian di sebuah supermarket
Pengunjung supermarket memilih banyak item yang mahu dibelinya dan dimasukkan ke dalam troli. Semua item itu dibayar dengan 1 kali bayaran sahaja, yakni semua item itu dijual-beli dengan 1 kali akad sahaja.
Pembelian barang dalam troli itu bermakna, ada banyak jual-beli dalam bundle itu tetapi kontraknya cuma 1 sahaja.
Apakah status bundling barang-barang di dalam troli itu? Apakah ia tidak melanggar prinsip 1 akad 1 muamalat?
Dari sudut syariah-compliance, jual-beli barang-barang di dalam troli itu adalah dilakukan dengan memenuhi 3 kriteria:
(a) Pengunjung supermarket itu diberi hak kebebasan memilih semua item yang mahu dibelinya. Dia tidak dipaksa membeli item yang dia tidak rela membelinya. (Dalam kontrak francais, francaisee tidak bebas memilih.)
(b) Pengurusan supermarket itu tidak memaksa pengunjungnya supaya membeli item-item yang dia tidak rela membelinya. (Dalam kontrak francais, francaisee dipaksa.)
(c) Pengurusan supermarket itu tidak memperdaya pengunjungnya supaya membeli item-item yang menguntungkan supermarket tetapi memudharatkan dan merugikan si pembeli. (Dalam kontrak francais, wujud unsur begini.)
.
Contoh bundling:
2. Menjual bakul hamper
Dalam bakul hamper itu terdapat banyak item, tetapi semua item itu dijual secara 1 jual-beli (muamalat) dengan 1 pembayaran (akad).
Kalau kita mahu membeli bakul hamper itu, kita kena beli semua. Tidak boleh dipilih-pilih isinya. Umpamanya, kita tidak boleh membeli isi bakulnya sahaja, manakala bakulnya kita tidak mahu beli.
Apakah status bundling bakul hamper? Apakah ia tidak melanggar prinsip 1 akad 1 muamalat?
Bakul hamper ada banyak jenis:
+ Ada bakul hamper yang semua isinya adalah batang-barang halal. Dari sudut syariah-compliance, bakul hamper jenis ini boleh ditawarkan kepada bakal pembeli. Apabila ada yang mahu membelinya, ia boleh dijual. Pembeli boleh membelinya.
+ Ada bakul hamper yang di dalamnya terdapat barang-barang haram, seperti botol arak. Dari sudut syariah-compliance, bakul hamper jenis ini tidak boleh ditawarkan kepada bakal pembeli. Pembeli ditegah membelinya. (Ada francais yang melibatkan jual-beli item haram.)
+ Ada bakul hamper yang di dalamnya terdapat item-item yang tidak selamat dimakan, seperti sudah luput-tarikh dan tinnya kemik, tetapi disembunyikan dan sengaja tidak dimaklumkan kepada pembeli. Dari sudut syariah-compliance, bakul seperti itu tidak boleh ditawarkan kepada pembeli. Pembeli ditegah membelinya. (Ada francaisor yang melakukan permerdayaan dengan cara menyembunyikan item-item mudharat daripada pengetahuan francaisee.)
.
Contoh bundling:
3. Menjual kontrak projek kedai runcit secara francais
Kontrak projek kedai francais adalah sebuah bakul pasar yang saiznya amat besar -- sebesar sebuah kedai!
Dalam kontrak kedai francais itu terdapat banyak item yang dijual oleh francaisor secara bundling kepada francaisi.
Pada masa ini kontrak francaisor-francaisi adalah berdasarkan konsep francais yang dicipta oleh peguam-peguam yang tidak mengamalkan dasar syariah-compliance.
Dalam kontrak francais konvensional terdapat banyak klausa-klausa yang:
+ Di mana klausa-klausa yang melibatkan transaksi telah tidak disusun urutannya supaya proses transaksi itu mematuhi undang-undang muamalat. Apabila urutan klausa transaksi itu salah, kontrak itu tidak sah.
+ Francaisor berhak memaksa francaisee membeli item-item yang tidak syariah-compliant.
+ Memberikan hak kepada francaisor melakukan kezaliman ke atas francaisee. Contoh kezaliman, apabila francaisee menamatkan kontrak dia tidak boleh menjalankan bisnes yang sama selama 3 - 7 tahun.
+ Sengaja secara halus menyembunyikan item-item yang membawa mudharat kepada francaisee.
+ Francaisee tidak diberikan hak kebebasan memilih dengan rela item-item yang akan dibelinya dari francaisor.
Apakah status kontrak kedai francais seperti itu? Apakah ia tidak melanggar prinsip 1 akad 1 muamalat?
Dari sudut syariah-compliance, kontrak seperti itu tidak boleh ditawarkan oleh francaisor kepada francaisee. Ia tidak sah.
Francaisee pula tidak boleh sengaja menerima dan menandatangani kontrak yang seperti itu. Ia sesuatu yang ditegah!
.

No comments:

Post a Comment