Friday, 27 June 2014

Dari ABS: Menangguhkan Kepuasan

Kajian pakar-pakar psikologi kejayaan (di US) mendapati salah satu ciri psikologi individu-individu yang sangat berjaya adalah mereka mempunyai kemampuan menangguhkan kepuasan. Semakin tinggi kemampuan ini, semakin mereka berjaya.
.
Manusia mahu puas. Mereka mahu puas cepat. Begitulah fitrah manusia.
Contoh:
Apabila kita tidak mempunyai kemampuan menangguhkan kepuasan, kita akan sanggup berhutang demi memuaskan hati kita.
+ Mereka menggunakan kad kredit bagi membeli beg tangan mahal.
+ Mereka merompak duit syarikat sendiri bagi membeli BMW sehingga cashflow syarikat tercekik dan tidak mampu membayar caruman KWSP, Perkeso dan insurans hospital pekerja.
+ Mereka mencagarkan hartanah ibu bapa bagi mengambil hutang bank demi membuka restoran francais sehingga bangkrap dan ditarik ke mahkamah.
.
Sesetengah peniaga kecil dapat membesarkan bisnes mereka dengan tidak meminjam duit bank. Mereka kumpulkan duit keuntungan sedikit demi sedikit, lalu duit itu digunakan bagi membesarkan bisnes.
Mereka itulah peniaga yang memiliki kemampuan menangguhkan kepuasan.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152515653803114

No comments:

Post a Comment