Friday, 6 June 2014

Dari ABS: Apa itu strategi ikat perut?


Apabila kita membuka syarikat, gunakan apa yang ada dalam tangan. Jangan keluarkan duit melainkan ia sangat mustahak!
Contoh strategi ikat perut....
Apabila Tuan Mahathir Rich Akbb, Tn. Burhan Deen, dan saya sendiri, menjadi rakan-kongsi projek ladang serai, dan kami mendaftarkan syarikat baru, apakah Tuan Mahathir membenarkan pejabatnya yang ada sekarang menjadi tempat syarikat serai kita beroperasi?
Contohnya, Tn. Mahathir mempunyai meeting room, dan semua meeting syarikat baru kita dijalankan di situ.
+ Rekodkan tarikh dan masa semua meeting yang diadakan di situ.
+ Apabila bisnes syarikat baru itu sudah mula berjalan, sudah ada duit, sudah mampu membayar sewa, tuan buatlah bill kepada syarikat kita. Syarikat kita akan reimburse kadar sewa meeting room itu.
.
Lakukan yang sama dengan semua sumber yang sekarang kita gunakan untuk menjalankan bisnes syarikat baru kita.
.
Ingat!
Kita bertiga adalah sama-sama pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat baru itu. Kalau syarikat kita untung, barulah kita semua menerima dividen.
Jangan pula Tuan Mahathir Rich Akbb merompak syarikat milik kita sendiri dengan mengenakan kadar sewa yang bukan-bukan. Jangan tamak!
Bisnes adalah bisnes! Semua duit yang kita dulukan kepada perjalanan operasi syarikat kita itu mesti dipulangkan. Tidak kira duit siapa.
.
Bukan semua perbelanjaan wajib dipulangkan. Contoh perbelanjaan yang tidak wajib di-reimburse:
Tuan Burhan Deen membeli ubat jerawat, supaya mukanya menjadi licin, supaya mudah melembutkan hati Makcik Kantin yang garang.
Kalau syarikat mahu reimburse duit Tuan Burhan Deen, boleh. Kalau tak mahu reimburse, boleh.
Alasan: Muka beliau itu bukan hanya digunakan untuk melembutkan hati Makcik Kantin yang garang supaya membeli serai dari kita.
Begitu juga, perbelanjaan Tuan Burhan Deen membeli cermin mata hitam, kemeja lengan panjang dll.... Benda-benda itu digunakan juga untuk urusan peribadi beliau!
Lainlah dengan T-Shirt SERAI ABS, yang menjadi alat kempen promosi... Ia boleh direimburse!
.
Apabila kita terlalu berkira-kira dengan duit yang kita dulukan, perangai buruk kita itu akan merugikan kita.... Selepas rakan-rakan kongsi kita tahu kita mempunyai sikap buruk itu, tidak ada lagi sesiapa yang mahu ajak kita menjadi rakan kongsi kita... Memang pendek rezeki kita!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152466473758114

No comments:

Post a Comment