Tuesday, 3 June 2014

Dari ABS: Produk Sangat Seksi


Idea mahu membuka bisnes dengan mempunyai produk sendiri adalah idea yang sangat seksi.
Meskipun seksi, idea itu adalah SALAH besar!
Mulakan berfikir dengan mengenalpasti duit siapa yang kita mahu ambil. Produk hanyalah alat yang kita gunakan bagi mengambil duit orang lain.
Selepas dikenalpasti duit siapa yang mahu diambil, fikirkan pula channel-channelnya. Kemudian baru difikirkan produk apa yang akan kita gunakan sebagai umpan bagi mengambil duit orang itu.
.
Apabila kita membuka bisnes yang mengeluarkan produk dahulu, ia betul-betul macam berkahwin dengan perempuan cantik, tetapi rupa-rupanya adalah hantu jerangkung yang tiap-tiap malam dia menghisap darah kita....
Contoh-contoh produk:
+ Kek coklat
+ Krim pelangsing
+ Ladang serai
+ Restoran francais
+ Kolam ikan keli
+ Rumah burung walit
Jangan buat produk kita sendiri. Ini silap besar! Banyak peniaga yang mengeluarkan produk sendiri akhirnya merana. Produk berlonggok di dalam setor, hutang bank tak mampu dibayar, surat peguam sudah sampai.
Mulakan bisnes dengan mengambil produk keluaran pihak lain. Pilih yang terbaik. Pilih produk yang terbukti laris.
Apabila bisnes sudah stabil, wang sudah banyak, barulah kita boleh berfikir mahu mengeluarkan produk kita sendiri.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152458905713114

No comments:

Post a Comment