Katakanlah tuan sudah mempunyai kilang membuat tepung premix cekodok segara perisa ikan bilis.
Tuan hanya pandai membuat tepung premix itu. Tuan tidak pandai hendak menjalankan kerja-kerja pemasaran dan pengedaran, jadi tuan mahu melantik sebuah syarikat sebagai sole distributor.
Apakah plus dan minus melantik sole distributor?
.
Idea sole distributor banyak digunakan apabila kita hendak memasuki pasaran luar negara, di mana kita tidak mempunyai sebarang kekuatan infrastruktur pemasaran di negara itu.
Sebagai contoh kita mahu mengeksport tepung premix kita ke Thailand, maka kita lantik sole distributor untuk Thailand.
Kita wajib memberi tempoh pelantikan itu, sebagai contoh selama 2 tahun sahaja, dan akan diperbarui tempoh itu dari masa ke masa berdasarkan prestasi syarikat yang dilantik.
.
Untuk pasaran dalam negara, jangan gunakan sole distributor!
Banyak mudharatnya daripada kebaikannya.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152470984833114
No comments:
Post a Comment