Saya adalah lelaki yang pemalu dan sukar berkawan dengan orang baru. Maka saya tuliskan petua ini untuk kebaikan diri sendiri. Izinkan saya kongsikan.
1. Sentiasa kelihatan yakin dan tenang.
(Malam tadi selepas dua hari mengendalikan program, saya benar benar surut energi. Apabila bertemu kawan kawan lagi, di sesi makan satay di Satay King Sungai Kantan saya hilang ketenangan dalam kepanasan dan tatkala susut energi hampir tahap sifar. Maafkan saya teman teman)
2. Mempunyai kebolehan membuatkan orang lain berasa selesa.
(Saya tidak sempat berbual dengan ayahnda Tuan Shazwan Shaharuddindan team rambo lantaran saya pun panas dek bahang bakaran dan kipasan satay)
3. Boleh mentertawakan diri sendiri.
(Pagi ini saya tertawakan diri sendiri, walaupun semua jenaka Hj Wan Hilmitidak masuk dalam minda)
4. Segera mendekati orang lain. Bergerak ke hadapan apabila menghulurkan tangan bagi bersalaman dengan gengaman yang kuat sambil beri senyuman mesra.
(Malam tadi saya statik. Tidak bergerak. Jumaat pagi di KBR. Tengahari sampai KL. Terus ke JBR. Sabtu kendali seminar. Pagi Ahad, subuh limun JBR ke Kajang. Ahad seharian kendali program. Jam 8 makan satay. Ini bermakna saya bergerak, bersuara dan berikan tumpuan selama 60 jam. Datin Ruzita Jaafar, boss saya benar benar memeras keringat saya)
5. Menunjukkan minat kepada orang lain. Kekalkan hubungan rasa dengan jiwa yang mesra. Open posture. Tanya soalan dan dengar dengan penuh perhatian.
(Malam tadi hanya sedikit saya bercakap dengan Tuan Nazieff Station)
6. Sentiasa rasa seronok dan pamerkan rasa penuh tenaga. Energi lagi.
7. Memiliki ilmu pengetahuan lengkap dan bersopan santun.
8. Menyediakan cerita cerita pendek kejadian sebenar yang berlaku, sesekali berjenaka pada tempat yang sesuai.
(Cerita Hj Wan Hilmi mahu ambil FY dari Tuan Firdaus Yasin pun saya tidak ambil berat malam tadi)
9. Memperkenalkan sesorang kepada orang lain dengan rasa penuh kegembiraan sehingga mereka dapat berbual mesra.
(Nak perkenal diri sendiri pun tak larat malam tadi)
10. Memuliakan orang lain dengan penuh rasa hormat dan tulus luhur.
(Terima kasih Tuan Az Zubair belanja kami makan satay malam tadi)
https://www.facebook.com/roslan.abhamid/posts/885534508139605
No comments:
Post a Comment