Saturday, 28 June 2014

Dari ABS: Nilai Syarikat


Apakah tuan sudah letih menjalankan bisnes yang ada sekarang?
Apakah tuan terfikir mahu menjual syarikat tuan, dan menggunakan duit jualan itu bagi memulakan bisnes baru?
.
Bagaimanakah caranya kita hendak mencongak nilai syarikat kita?
Katakanlah, kita sudah 5 tahun membuka sebuah syarikat. Syarikat kita memiliki 2 buah tadika.
Saham syarikat yang sudah dibayar adalah RM20k. Kita bayar RM10k. Rakan-kongsi kita bayar RM10k.
Berapakah nilai syarikat kita itu sekarang?
.
Lebih kurang, beginilah cara kita mencongak nilai syarikat kita yang memiliki 2 buah tadika itu.
Berapakah perolehan kedua-dua buah tadika itu?
Katakanlah, kutipan yuran 2 tadika kita kita adalah RM13k sebulan. Jadi, jumlah kutipan yuran setahun adalah RM156k.
Dengan itu nilai syarikat kita sekarang adalah RM156k.
.
Jadi, seandainya kita mahu menjual syarikat kita itu, maka bolehlah kita tawarkan pada harga RM156k.
Apakah ada mana-mana pihak yang mahu membeli syarikat kita itu pada harga RM156k, itu terpulanglah kepada pasaran.
Mungkin ada yang mahu membelinya pada harga RM250k. Mungkin harga paling tinggi yang laku adalah RM100k sahaja. Mungkin tawarkan paling tinggi yang tuan terima adalah RM60k sahaja....
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152519393093114

No comments:

Post a Comment