Tuesday, 10 June 2014

Dari ABS: Persediaan bagi orang makan gaji yang mahu masuk dunia bisnes.


Apakah tuan sekarang makan gaji dan sudah nekad mahu berhenti kerja supaya dapat menjalankan bisnes sendiri sepenuh masa?
Jika ya, maka ada beberapa habit-mulut dalam kalangan 'orang-pandai' yang perlu mula dikikis dari sekarang. Habit-habit mulut itu tidak mendatangkan duit, malah boleh menyebabkan duit susah nak datang.
Antara habit-habit mulut itu:
+ Habit suka bercakap panjang dalam meeting.
+ Habit suka bercakap-cakap dengan tujuan mengulas-ulas dan menganalisis segala macam perkara dan isu yang tidak disetujui. Sebagai contoh, habit suka mengulas dasar-dasar kerajaan yang tidak betul.
+ Habit suka mengorek-ngorek punca pelbagai masalah yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, habit suka mengorek punca-punca kegagalan usahawan Melayu.
+ Habit suka hendak membetul-betulkan sikap dan perangai orang-orang lain yang tidak berkenan di hati kita. Sebagai contoh, habit suka mengkritik sikap dan mentaliti PHD dalam kalangan peniaga Melayu.
Belajar menguasai habit-habit mulut yang mendatangkan duit sahaja. 
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152474531773114

No comments:

Post a Comment