Salah satu barang yang Nabi (bacalah salawat) beli dan jual adalah kain tenun Yaman.
Kita tidak terjumpa rekod sejarah yang menunjukkan Nabi menjual pakaian siap jahit. Beliau menjual kain.
Apakah signifikannya kain?
Kain adalah barang pertengahan atau intermediate good. Ia barang yang digunakan bagi menghasilkan barang-barang lain.
.
Perniagaan dalam sektor barang pertengahan membolehkan:
+ Kita menjalankan bisnes B-to-B
+ Kita menjual pada volume yang besar
+ Kita menjual pada volume yang besar
Walaupun kain adalah barang komoditi, oleh itu marginnya nipis, namun 2 ciri itu membolehkan kita bermain-main dengan duit besar!
Duit besar bukan datang dari margin, tetapi datang dari volume.
.
Ini tidak bermakna kita tidak boleh menjual pakaian siap-jahit. Ini hanya menunjukkan bahawa menjual kain adalah bisnes yang lebih ideal.
.
No comments:
Post a Comment