Wednesday, 11 June 2014

Dari ABS: Persediaan untuk 'guru' yang mahu terjun ke dalam dunia bisnes.


Apakah tuan seorang guru sekolah, guru tadika, ustaz, penceramah, trainer, ataupun motivator?
Apakah tuan mahu membuka bisnes yang tidak bersangkutan dengan aktiviti bercakap kepada audiens?
.
Guru sekolah, guru tadika, ustaz, penceramah, trainer, ataupun motivator mempunyai skill 'mengajar-ajar'. Maksudnya, orang tidak bertanya, kita sendiri volunteer memberi penerangan dengan panjang lebar.
Bercakap dengan stail mengajar-ajar adalah skill 'keguruan' yang perlu mula dikikis dari sekarang.
Skill 'asal bercakap kita mahu explain, asal bercakap kita mahu explain'.
Penerangan yang diberi tanpa diminta adalah gaya komunikasi bercakap-dari-atas-ke-bawah.
Contoh ayat-ayat penerangan:
"Jangan tutup aircond. Kita cuma hendak keluar 15 minit. Sebenarnya, kalau kita tutup aircond, kemudian buka balik, itu memakan lebih banyak elektrik. Banyak orang tak tahu itu. Dia cuma nak keluar sekejap, tapi dia tutup aircond. Konon nak jimat. Sebenarnya, aircond itu kuat makan tenaga masa nak di-start. Itu sebab, kalau cuma sekejap, biarkan sahaja aircond itu terpasang, tak payah ditutup. Itu lebih murah. Jimat bill elektrik."
Dalam ayat contoh di atas, ayat arahannya: "Jangan tutup aircond."
Jika ditanya, barulah terangkan mengapa sebaiknya aircond jangan ditutup. Jika orang tidak bertanya, jangan kita volunteer menerangkan.
.
Istilah lain untuk ayat penerangan adalah 'bahasa menggurui'.
+ Ayat-ayat penerangan yang tidak diminta adalah ayat mengajar-ajar. Kita menerangkan kepada orang itu sebab kita sangka dia tidak mengetahui perkara yang kita terangkan! (Jangan-jangan dia tahu lebih banyak daripada kita.)
+ Penggunaan ayat mengajar-ajar membingitkan telinga orang yang mendengar, serupa dengan kesan mendengar ayat leteran.
+ Ketua yang bercakap panjaaaaaang tidak disukai oleh staff dan tim. Mereka berasa diri mereka dilayan macam orang bodoh!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152475874238114

No comments:

Post a Comment