Thursday, 5 June 2014

Dari ABS: Taktik Membuka Channel Telur ABS


Kedai-kedai runcit adalah channel penting untuk produk keperluan dapur seperti telur, tepung, gula, minyak dan lain-lain. Hendak tak hendak kita mesti menjadikan kedai-kedai runcit channel pengedaran telur kita.
Kerja-kerja mengedarkan barang ke kedai runcit memerlukan tim 2-orang: seorang Muhajirin dan seorang Ansar.
+ Yang membuka pintu kedai runcit adalah orang Muhajirin.
+ Yang menguruskan penghantaran adalah orang Ansar.
Bakat dan skill berkomunikasi dan berunding adalah sangat penting dalam menjalankan kerja marketing kepada kedai-kedai runcit.
Tidak banyak orang memiliki bakat dan skill ini. Salesman yang sudah berpengalaman mempunyai skill ini.
.
Semasa hendak pergi ke kedai runcit, pergi berdua. Tetapi yang bercakap adalah Si Muhajirin seorang saja. Jangan dua-dua bercakap.
Tuan Muhajirin perkenalkan Tuan Ansar kepada towkay kedai runcit, supaya berkenalan. Nanti mudah menjalankan kerja penghantaran.
Tuan Ansar diam sahaja. Dengar baik-baik apa yang dipercakapkan oleh Tuan Muhajirin dengan Si Pekedai.
Kerja Tuan Ansar, apabila Tuan Muhajirin bercakap, Tuan Ansar angguk-angguk, tanda bersetuju dengan cakap Tuan Muhajirin.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152462174718114

No comments:

Post a Comment