Wednesday, 4 June 2014

Dari ABS: Francais: Mudah mahu cari makan, sukar mahu menjadi kaya-raya.


Minda orang makan gaji, lain.
Mereka cuma mahu cari makan. Ada rumah, ada kereta, cukup makan pakai anak isteri, tidak berhutang, dapat melancong setahun sekali... sudah puas hati.
Banyak orang makan gaji memilih membuka bisnes secara francais. Ini kerana mereka tertarik dengan bisnes francais yang mudah menjalankannya.
Mereka mahukan bisnes yang senang sedikit sahaja daripada kerja makan gaji. Bisnes yang tidak banyak pening-pening kepala kerana terpaksa belajar pahit-maung membuka bisnes dari bawah.
Mereka tergoda oleh sistem francais kerana francaisor akan buatkan semua kerja yang memeningkan kepala. Serahkan RM350k kepada francaisor, kemudian tunggulah sahaja, tak payah buat apa-apa, kedai yang cantik ataupun tadika yang cantik pun tersedia.
Faktor tidak mahu pening-pening kepala inilah yang mendorong hanya orang yang mempunyai minda makan gaji sahaja yang tertarik dengan sistem francais.
.
Minda orang bisnes, lain.
Kita bukan membuka bisnes kerana tidak mahu makan gaji, ataupun setakat mahu mencari makan untuk anak isteri.
Orang bisnes sangat mahukan kebebasan individu.
+ Mereka tidak mahu ada 'boss' di atas kepala mereka. Itulah faktor yang mendorong mereka menjadi usahawan.
+ Mereka mahu bekerja untuk diri mereka sendiri, ikut suka hati mereka sendiri.
+ Mereka tidak mahu bekerja macam kuli untuk mengkayakan syarikat milik orang lain, melainkan untuk mengkayakan syarikat milik sendiri.
Inilah faktor paling penting yang mendorong orang bisnes tidak mahu membuka bisnes secara francais.
Bisnes francais tidak memberikan peluang francaisee berfikir, merancang, dan menjalankan bisnes kita supaya berkembang sehingga kita menjadi kaya-raya. Francaisor sudah fikir semua perkara. Francaisee jalankan sahaja.
.
Tidak ada kebebasan berfikir dan bertindak dalam bisnes sistem francais. Tanpa kebebasan, kita takkan menjadi kaya-raya. Francaisor sahaja yang kaya-raya.
Dalam sistem francais, kita hanya dibenarkan menjalankan bisnes betul-betul macam yang sudah ditentukan oleh francaisor. Jika kita melakukan apa-apa yang melanggar perjanjian antara francaisor dan francaisee, tindakan undang-undang akan diambil ke atas kita.
.
U

No comments:

Post a Comment