Saturday, 28 June 2014

Dari ABS: Nilai Syarikat


Apakah tuan sudah letih menjalankan bisnes yang ada sekarang?
Apakah tuan terfikir mahu menjual syarikat tuan, dan menggunakan duit jualan itu bagi memulakan bisnes baru?
.
Bagaimanakah caranya kita hendak mencongak nilai syarikat kita?
Katakanlah, kita sudah 5 tahun membuka sebuah syarikat. Syarikat kita memiliki 2 buah tadika.
Saham syarikat yang sudah dibayar adalah RM20k. Kita bayar RM10k. Rakan-kongsi kita bayar RM10k.
Berapakah nilai syarikat kita itu sekarang?
.
Lebih kurang, beginilah cara kita mencongak nilai syarikat kita yang memiliki 2 buah tadika itu.
Berapakah perolehan kedua-dua buah tadika itu?
Katakanlah, kutipan yuran 2 tadika kita kita adalah RM13k sebulan. Jadi, jumlah kutipan yuran setahun adalah RM156k.
Dengan itu nilai syarikat kita sekarang adalah RM156k.
.
Jadi, seandainya kita mahu menjual syarikat kita itu, maka bolehlah kita tawarkan pada harga RM156k.
Apakah ada mana-mana pihak yang mahu membeli syarikat kita itu pada harga RM156k, itu terpulanglah kepada pasaran.
Mungkin ada yang mahu membelinya pada harga RM250k. Mungkin harga paling tinggi yang laku adalah RM100k sahaja. Mungkin tawarkan paling tinggi yang tuan terima adalah RM60k sahaja....
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152519393093114

Friday, 27 June 2014

Dari ABS: Ikat perut. Beli aset.


1. Membeli aset adalah cara kita menyimpan duit tunai. Jangan simpan duit tunai dalam bank. ROI-nya sangat kecil. Belikan aset, kenaikan nilai aset itu berlipat-lipat kali lebih tinggi daripada yang bank berikan.
2. Membeli aset adalah membeli pelampung kecemasan untuk survival bisnes kita. Seandainya berlaku musibah ke atas bisnes kita, maka aset itu dapat dicairkan.
3. Aset dalam bentuk properti dapat disewakan ataupun kita gunakan sendiri. Pada waktu yang sama nilainya naik.
4. Aset dapat digunakan bagi mendapatkan pelbagai fasiliti bank, dengan fasiliti itu bisnes kita dapat dikembangkan lagi.
5. Aset dapat dicairkan apabila bisnes kita memerlukan tambahan modal tunai, tanpa kita membuat pinjaman bank.
6. Aset yang dibeli oleh syarikat kita dapat menaikkan nilai saham syarikat kita itu. Apabila syarikat memerlukan suntikan modal, kita dapat menjual saham syarikat kepada rakan-kongsi baru pada nilai yang lebih tinggi.
.
Contoh-contoh aset:
+ rumah kedai berderet
+ tanah
+ lot tanah tapak kilang
+ kilang berderet
+ kilang
+ rumah
+ kondo
.
NOTA: Pembelian aset adalah salah satu cara bagaimana duit kita diam-diam beranak-pinak dan bertambah banyak!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152516196018114

Dari ABS: Menangguhkan Kepuasan

Kajian pakar-pakar psikologi kejayaan (di US) mendapati salah satu ciri psikologi individu-individu yang sangat berjaya adalah mereka mempunyai kemampuan menangguhkan kepuasan. Semakin tinggi kemampuan ini, semakin mereka berjaya.
.
Manusia mahu puas. Mereka mahu puas cepat. Begitulah fitrah manusia.
Contoh:
Apabila kita tidak mempunyai kemampuan menangguhkan kepuasan, kita akan sanggup berhutang demi memuaskan hati kita.
+ Mereka menggunakan kad kredit bagi membeli beg tangan mahal.
+ Mereka merompak duit syarikat sendiri bagi membeli BMW sehingga cashflow syarikat tercekik dan tidak mampu membayar caruman KWSP, Perkeso dan insurans hospital pekerja.
+ Mereka mencagarkan hartanah ibu bapa bagi mengambil hutang bank demi membuka restoran francais sehingga bangkrap dan ditarik ke mahkamah.
.
Sesetengah peniaga kecil dapat membesarkan bisnes mereka dengan tidak meminjam duit bank. Mereka kumpulkan duit keuntungan sedikit demi sedikit, lalu duit itu digunakan bagi membesarkan bisnes.
Mereka itulah peniaga yang memiliki kemampuan menangguhkan kepuasan.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152515653803114

Tuesday, 24 June 2014

Dari ABS: Jangan Ambil Staff Macam Kita


Banyak peniaga Melayu melakukan kesilapan apabila hendak mencari pekerja. Mereka mencari bayangan wajah mereka sendiri.
Maksudnya, mereka mencari orang yang memiliki sikap dan perangai macam diri mereka sendiri. Ini adalah kesilapan.
Namun, perkara ini sangat banyak berlaku. Peniaga itu menjadikan dirinya sebagai kayu ukur apabila menilai orang lain.
.
Ambil staff yang lebih pintar daripada kita sendiri. Inilah kata kuncinya: 'lebih pintar'.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152510949838114

Dari ABS: Mendisiplinkan Staff Corot

Staff 'corot' adalah staff yang melakukan pelbagai kesalahan di tempat kerja.
Sebagai contoh, staff itu bertugas sebagai designer. Hasil kerjanya memang bagus, tetapi beliau kerap datang lambat ke pejabat, sehingga hal itu menyebabkan dua tiga orang staff lain ikut mula datang lambat.
.
Beginilah cara mendisiplinkan staff corot:
+ Terangkan kepada staff corot itu peraturan pejabat berkaitan waktu kerja. Terangkan peraturan itu dalam 1 ayat sahaja.
+ Jangan kritik kesalahannya.
+ Jangan nasihati dia supaya memperbaiki perangainya.
+ Jangan ugut dia dengan hukuman yang boleh dikenakan ke atasnya.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152510750478114

Saturday, 21 June 2014

Dari ABS: Nota malam sebelum tidur.... Besok pagi kita ada seminar di FRIM, Kepong.


Menetapkan Target
Dalam bisnes, apabila kita hendak menetapkan target, target itu hendaklah TARGET BISNES.
Contoh target bisnes:
+ Nak membuka 2 buah tadika ABS pada tahun 2015
+ Nak melantik 20 orang agent pada tahun 2014
+ Nak menjalankan 30 bengkel latihan facial untuk 90 peserta pada 2014
+ Nak menaikkan jualan kepada RM7k sebulan mulai Ogos 2014
+ Nak menaikkan jualan roti kepada 25k ketul sehari pada 2016
+ Nak mendaftarkan 2 anak syarikat sebelum Disember 2014
.
Banyak orang muda tidak kenal pun yang mana target bisnes, yang mana bukan target bisnes. Mereka umpama tidak kenal yang mana labu, yang mana tembikai.
Akibatnya, mereka memilih target yang salah! Target yang salah tidak berguna dalam bisnes, malah boleh membahayakan bisnes.
Contoh target bukan-bisnes:
+ Nak kahwin artis
+ Nak jadi jutawan
+ Nak beli Porsche
+ Nak holiday ke Eropah
+ Nak beli banglo di Ukay Heights
+ Nak buat tahfiz
+ Nak tolong ekonomi ummah
.
Ciri target bisnes.... Target itu dapat dicapai oleh staff syarikat kita.
Target yang staff syarikat tak dapat nak capaikan untuk diri kita, itu bukan target bisnes! Itu target peribadi.
Apabila kita tidak mempunyai skill menetapkan target bisnes, staff kita keliru dan bingung!
Apabila target kita salah, apa yang dibuat oleh staff akan jadi 'salah'. Ada sahaja yang tak betul, tak kena, tak tepat.
Macam main bola dengan tidak tahu di mana pintu golnya. Tendang macam mana pun salah!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152502871118114

Nota petang Sabtu....


Prof. McClelland adalah nama paling top dalam bidang psikologi kejayaan. Buku-buku beliau menjadi bacaan wajib bagi motivator kejayaan, sehingga jika ada motivator yang tidak membaca buku-buku beliau, kepakarannya sangat diragui.
Kajian beliau (di US) mendapati bahawa minda dan psikologi individu-individu yang sangat berjaya memang mempunyai ciri-ciri perbezaan dengan minda dan psikologi mereka yang kurang berjaya.
Antara perbezaan itu adalah pada penetapan target percapaian.
Kajian McClelland mendapati, apabila individu-individu yang sangat berjaya hendak menetapkan target percapaian untuk diri mereka sendiri, mereka memilih target yang sederhana sahaja!
.
Apakah kita menetapkan target pencapaian yang luar biasa bagi diri kita?
Jika ya, menurut McClelland, itulah ciri target pencapaian golongan yang kurang berjaya!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152502623253114

Thursday, 19 June 2014

Dari ABS: Asingkan Syarikat


Walaupun kita yang membuka syarikat, dan kita memiliki 99% saham syarikat itu, kita mesti asingkan antara diri kita dengan diri syarikat itu.
Diri kita adalah 1 entiti. Syarikat adalah 1 entiti.
Cara kita mengurus syarikat tidak boleh sama dan serupa dengan cara kita mengurus diri kita sendiri.
.
Staff kita adalah pekerja syarikat. Dia dilantik oleh syarikat. Dia dibayar gaji oleh syarikat.
Staff kita bukan bekerja kepada diri kita. Dia bukan pembantu peribadi kita. Kita tidak boleh menyuruh staff kita menjalankan kerja-kerja yang bukan kerja syarikat.
Contoh kerja-kerja yang tidak boleh disuruh staff melakukannya:
+ Menghantar isteri kita pergi ke pasar.
+ Menghantar anak kita pergi birthday party kawan sekolahnya.
+ Membelikan bunga dan menghantar bunga harijadi kepada girlfriend kita.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152499341308114

Dari ABS: Teknik Memilih Staff


Banyak peniaga pening kepala apabila staff yang diambilnya tidak membantu perkembangan bisnesnya.
Disangkanya dengan menambah staff, banyak kerja dapat dijalankan, oleh itu bisnes pun akan berkembang.
Sebaliknya, kos operasi pula yang makin naik sebab kena membayar lebih gaji, manakala perolehan syarikat serupa sahaja.
.
Inilah yang kerap berlaku: Kerja banyak sampai tak cukup tangan. Towkay pun mengambil pekerja tambahan.
Selepas beberapa waktu, didapati rupa-rupanya pekerja baru itu tidak pandai menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
.
Inilah kesilapan yang berlaku. Towkay hanya mengambil pekerja baru, kemudian barulah dia menyuruh si pekerja membuat kerja yang disuruh.
.
Inilah yang seharusnya dilakukan: Mula-mula kenalpasti dengan tepat fungsi dan tugas yang memerlukan pekerja baru. Kemudian barulah dicarikan calon yang layak menjalankan fungsi dan tugas itu.
.

Wednesday, 18 June 2014

Dari ABS: Siapa membayar gaji siapa?


Semasa kita mula-mula membuka bisnes, kita ambil staff. Kemudian kita bekerja kuat menjalankan bisnes supaya ada duit bagi membayar gaji staff.
Disebabkan kita yang membayar gaji staff, maka kita takut-takut hendak mengambil staff tambahan. Takut kita punya duit hendak membayar gaji staff baru itu.
Berapa lamakah situasi begitu perlu berlaku? 3 bulan? 6 bulan? 1 tahun?
.
Kita tidak sepatutnya membayar gaji staff lebih daripada 6 bulan. Pada bulan ke-7, staff kita sudah menghasilkan nilai bisnes tambahan yang mampu membayar gaji mereka sendiri.
Pada hujung tahun pertama, staff kita sudah menghasilkan nilai bisnes yang mampu membayar gaji staff baru yang diambil.
Tadaaa!.....Pada tahun ke-3, semua staff sudah menghasilkan nilai bisnes yang mampu membayar gaji kita.
.
NOTA: Senario cantik seperti itu hanya dapat berlaku apabila kita mengambil staff yang memiliki bakat intrapreneur!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152495237608114

Tuesday, 17 June 2014

Dari ABS: Makna Emosi


Sesetengah perkataan, apabila disebut, didengar ataupun dibaca, ia menimbulkan kesan emosi. Kesan emosi itu mungkin emosi positif, mungkin juga emosi negatif.
Apabila mencipta nama-nama untuk tadika, klinik, kedai makan, kedai farmasi, produk ataupun kumpulan, pilih perkataan yang mencipta kesan positif kepada kelompok sasaran.
.
Perkataan yang mencipta kesan emosi positif kepada sesuatu kumpulan, mungkin mencipta kesan emosi negatif kepada kumpulan lain.
Sebagai contoh:
+ Pada nama "Tadika Ummah Jaya" perkataan 'ummah' mencipta kesan emosi yang berlainan kepada kumpulan berlainan.
+ Pada nama "Klinik Tawakkal" perkataan 'tawakkal' mencipta kesan emosi yang berlainan kepada kumpulan berlainan.
.
Tip memilih perkataan apabila mahu mencipta nama:
+ Mula-mula kenalpasti siapa yang menjadi sasaran nama itu.
+ Pilih perkataan yang mencipta kesan emosi positif kepada kumpulan itu.
.
Sesetengah kumpulan lebih tertarik kepada perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab, manakala ada kumpulan lain yang menyukai kata pinjaman dari bahasa Inggeris.
+ Apabila kita gunakan perkataan Arab, kita sudah menyempitkan pasaran kita. Begitu juga apabila kita pilih perkataan Inggeris.
+ Pilih perkataan yang mencipta kesan emosi positif kepada semua kumpulan.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152492296253114

Monday, 16 June 2014

Dari ABS: Membuat Kerja yang Betul


Banyak peniaga Melayu terkial-kial hendak membesarkan bisnesnya. Mereka tekun bekerja. Mereka bekerja dengan jiwa dan raga. Namun bisnesnya tetap tidak berkembang setimpal dengan kuatnya dia bekerja.
Fenomena seperti ini berlaku dengan berleluasa dalam bisnes yang melibatkan kedai ataupun outlet.
Sebagai contoh, bertahun-tahun kedai spa dibuka, pemilik spa tiap-tiap hari bekerja di dalam spanya.
Pelanggannya semua puas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Mereka sangat suka dengan belaian dari jari jemari si pemilik spa. Mereka sangat setia kepada spanya. Tiap-tiap bulan mereka datang, sekurang-kurangnya sekali.
Tetapi tahun demi tahun pemilik spa masih duduk di dalam kedai spanya yang sama, melayan pelanggan yang sama.
.
Banyak pemilik spa terperangkap di dalam kedainya nan satu itu. Puncanya adalah.... Dia melakukan kerja-kerja yang salah! Dia menjalankan kerja-kerja yang bukan kerjanya.
Apabila seseorang itu membuka spa, dia sudah menjadi seorang entrepreneur. Dia bukan pekerja spa. Namun banyak pemilik spa menjalankan kerja-kerja yang selayaknya dijalankan oleh seorang pekerja spa.
Kerja seorang entrepreneur adalah membesarkan bisnesnya. Jari-jarinya adalah untuk menandatangani cek-cek, bukan untuk memicit bintik-bintik hitam di muka pelanggan.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152490057693114

Sunday, 15 June 2014

Dari ABS: Membanyakkan Jumlah Pelanggan


Apabila kita sudah membuka bisnes, bagaimanakah kita mengembangkan bisnes kita? Ada banyak strategi yang dapat digunakan bagi menambahkan pendapatan bisnes kita.
Katakanlah, kita seorang pakar kesihatan dan penjagaan rambut, dan kita sudah membuka sebuah spa muslimah. Kita bekerja menjadi beautician di dalam spa kita itu.
Biasanya kita membuat lebih banyak usaha marketing supaya lebih banyak orang tahu kewujudan spa kita, dengan itu lebih banyak pelanggan walk-in datang ke spa kita.
.
Apabila lebih banyak pelanggan datang mendapatkan rawatan, pendapatan spa naik, tetapi kerja kita juga semakin naik, kita semakin penat.
Kita mungkin perlu menambah staff dengan mengambil beautician yang sudah pendai menjalankan kerja. Ini bermakna kos operasi spa kita naik.
Meskipun ada pertambahan jumlah pelanggan, tetapi peningkatan kos operasi juga naik, sehingga pada hujung bulan, selepas membayar semua bill yang perlu dibayar, peningkatan untung bersih terasa macam tidak berbaloi dibandingkan dengan kepenatan yang ditanggung.
.
Strategi menambahkan pelanggan spa mempunyai kekurangannya: Jumlah pelanggan walk-in yang bertambah tidak semestinya menghasilkan jumlah pendapatan yang bertambah!
Ada banyak cara lain meningkatkan pendapatan bisnes kita meskipun jumlah pelanggan walk-in kita tidak bertambah.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152489047653114

Tip Membaca cara baru - Speed reading



Pada tahun 1998 saya pernah mengikuti kursus speed reading anjuran Jabatan saya. Kosnya lebih dari RM1300.00 seorang. Kami diminta membaca 10 karangan dan menjawab 15 soalan setiap karangan. Tiap-tiap karangan yang dibaca dan jawab menggunakan keadah-keadah speed reading yang akan anda baca nanti. Saya mendapati semakin cepat saya membaca sama sekali tidak ada menjejaskan pemahaman saya pada karangan tersebut. Cepat ke atau tidak saya tetap dapat jawab lebih dari 10 soalan dengan betul. Wah hebat ni dalam fikiran saya Sedia nak baca. teruskan. Gunakan keadah dibawah. Setelah habis kursus saya dapat memanufaatkan mengunakan teknik speed ini dalam pekerjaan. Saya sedar tidak semua oang dapat peluang menimba ilmu sebegini. Sudah lama saya nak sampaikan dalam blog saya ini. Bagi yang nak tip membaca cara cepat anda boleh teruskan membaca.

Sudah bersedia, mari saya terangkan perkara asas dalam speed reading. Anda teori sains cahaya lebih cepat dari bunyi. Selalu ingat konsep asas ini sebelum anda terus membaca. Teknik yang nak saya sampaikan ini sangat berguna. Teknik dan latihan yang akan anda baca akan membolehkan anda cepat membaca. Sebelum kita mula anda kena tahu kepentingan speed reading kepada kita.

Kepentingan perlu speed reading.

1. Kita dapat membaca dengan cepat.
2. Banyak buku dan artikel yang boleh dibaca
3. Boleh baca dengan cepat semua A to Z dalam surat akhbar.
4. Boleh buat kerja lain kerana masa membaca pendek dan berkualiti.
5. Boleh membaca buku banyak kali.
6. Hidup kita tidak lama. 60 - 70 tahun kira bonus. Fikirkan banyak perkara kita tidak tahu. Jadi mulakan membaca.
7. Meningkatkan keberkesanan kita berfikir dan mengingati sesuatu.

Menurut seorang pakcik yang menguasai speed reading,
beliau mampu membaca 20 buah buku tebal dalam satu malam




Keadah pertama: Jangan sebut, tetapi lihat dan gambarkan.

Anda kena lari dari membaca secara tradisinol. Membaca dengan menunjuk, menyebut dalam hati satu persatu huruf. Konsep pertama membaca keadah ini adalah membaca tanpa menyebut di mulut atau dihati. Anda akan menghadapi kesukaran pada mulanya. Bayangkan berapa tahun sudah anda mengunakan keadah tradisional ini. Saya dulu pun begitu.

Kebiasaan kita akan menyebut sesuatu perkataan dengan mulut dan di hati. Tekniknya lihat dengan mata dan diproses oleh otak tanpa melalui mulut dan hati. Ingat konsep "cahaya lebih cepat dari bunyi". Banyak masa yang dapat kita jimatkan.

Cuba gambarkan perkara yang anda baca. Buat cerita yang bersambung dalam fikiran anda. Keadah ini juga dapat membuat kita mempraktikkan fotografik memori. Tun Mahathir membaca berulang kali sehingga beliau boleh mengambarkan ayat dan mukasuratnya sekali. Berulangkali yang dimaksudkan adalah selesai semua buku dan baca lagi.

Cuba latihan ini, cari 15 gambar benda seperti dibawah:-

1. Kerusi
2. meja
3. Cawan
3. Buku
4. Pasu Bunga
5. TV
6. Tingkap
7. Pokok
8. Kereta
9. Perempuan
10. Lelaki
11. Komputer
12. Payung.
13. Hujan
14. Lori
15. Kereta polis


Anda boleh gunakan keadah manual atau Powerpoint.

Cara manual : Minta kawan anda tunjukkan satu persatu gambar yang saya nyatakan di atas. Flashkan satu persatu selama 2 saat.

Cara Powerpoint: Cari gambar dan masukkan dalam perisian powerpoint. Setkan masa dalam presentation powerpoint selama 2 saat.

seterusnya, Ambil kertas dan tuliskan nama gambar yang anda lihat satu persatu ikut susunan dalam kertas kosong. Susah bukan. Boleh ingat 5 - 10 benda tetapi tidak tersusun.

Cuba gunakan keadah yang saya berikan ini. Minta kawan anda tunjukan sekali lagi dengan cara yang sama seperti di atas. Sekarang cuba buat cerita dalam fikiran tentang benda yang kita lihat.

Lebih kurang begini dalam fikiran anda.

Anda duduk di atas kerusi, depan anda ada meja, di atas meja ada cawan. Nak baca buku tu, waduh cantiknya pasu bunga tu, TV tu besar. terang dan tajam warnanya dan seterusnya anda lihat melalui tingkap,lihat pokok besar, ada kereta dibawahnya, siapa punya, ada perempuan didalamnya, eh ada lelaki disebelahnya. mereka keluar kereta bawa komputer guna payung kerana hari hujan. Tiba-tiba lihat lori sedang di kejar kereta Polis.

Gambarkan cerita anda sendiri bila melihat gambar yang diflashkan tadi.
Tuliskan dalam kertas kosong benda yang dilihat tadi. Cuba bezakan markah yang anda dapat dengan selepas dan sebelum saya bagi tip di atas.

Latihan dengan gambar macam ni dapat membuat kita fokus dan cepat membuat gambaran. Kita lebih mudah ingat gambar daripda perkataan. Tip ini akan memudahkan kita mengunakan teknik membaca dengan cepat. Maklumat yang anda dibaca akan lekat dalam otak.

Keadah Kedua: Jangan ulang bacaan

Anda biasa membaca dan kerap kali menulang-ulang perenggan yang anda baca. Keadah mengulang semasa membaca ini menyebabkan kita lambat membaca. Anda rasa tidak dapat banyak dapat maklumat apa yang kita baca. Maklumat yang sama akan masuk dalam otak secara bacaan cepat atau tidak. Kalau begitu tak rugi anda membaca memcepat. Anda tak perlu khuatir tidak dapat ingat. Anda baca saja sampai habis. Memang ada maklumat yang kita baca lekat dalam memori otak kita. Otak kita mempunyai kapasiti lebih dari 10,000 buah komputer. Kita sahaja gagal membuka hard disknya secara maksimum. Gunakan keadah yang betul untuk memaksimumkan kapasitinya. Ingat jangan ulang semasa membaca. Orang yang mengulang akan menyebabkan dia lambat membaca. Fokus penting. Tumpukan kepada Kata kunci (key word)

Keadah Praktikal baca cepat

Saya akan terangkan keadah membaca cepat ini. Anda kena sabar dan praktikan apa yang saya nyatakan. Lagi saya Nabi Muhammad s.w.t mengajar kita mengulang bacaan 7 kali kalau nak hafal.

Maka, saya ulangi asas membaca cepat
1. Jangan sebut, lihat dan proses terus dalam otak dan
2. Jangan ulang.

Anda kena cari keratan akhbar. Kalau boleh di muka tengah yang ada artikel. Kalau tidak ada pinjam saja buku anak atau adik anda di tingkatan 3 - 5. Cara buku tek karangan bahasa Malaysia atau Inggeris.

Cara pertama

Anda akan membaca mengunakan bacaan satu persatu perkataan seperti biasa. Keadah ini bagi yang baru nak praktis baca cepat. Gunakan perkara asas di atas semasa membaca. Kalau sudah mahir tingkatkan kepada dua perkataan. seterusnya tiga hingga ke satu baris.



Cara kedua Baca dua baris sekali. Cara bacaan ini adalah bagi mereka yang peringkat awal penguasaan keadah speed reading. Cuba tingkatkan kepada tiga baris sekali. Ingat dua asas yang saya berikan di atas jangan sebut, lihat dan proses terus dalam otak dan jangan ulang.

Kalau anda membaca tiga baris sekali. Semasa membaca fokus di baris kedua sambil mata melihat baris pertama dan ketiga. Gambarkan Kata kunci.

Cara ketiga; baca satu perenggan sekali. Susah bukan. Satu lagi asas membaca dalam perenggan. Ide sesuatu perenggan biasanya boleh didapati pada perenggan pertama. kalau perenggan terlalu panjang bahagi kepada beberapa bahagian. Fokus kepada ayat yang menjadi keyword sesuatu perenggan. Susuh. Cuba dulu. Tak rugi mencuba bukan.

Keadah yang keempat. Bacaan ditengah. Fokoskan mata dibahagian tengah perenggan. Keadah bacaan ini adalah bacaan ke bawah bukan ke tepi dari kiri ke kanan. Anda kena baca macam orang cina baca atas ke bawah. Bahagikan satu mukasurat kepada tiga bahagian menegak. Gambarkan difikiran ada dua garis dalam buku anda. Jadi anda ada tiga bahagian semuanya.

Fokuskan mata dibahagian tengah. Mata secara serentak melihat sebelah kiri dan kanan perenggan. Bacaan anda adalah ke bawah. Ini merupakan keadah yang paling sukar dan jarang dapat melihat orang dapat menguasainya. Selepas mahir menggunakannya ketiga - tiga keadah di atas barulah fikir nak guna keadah ke empat. Keyword penting biasanya ada ditengah-tengah buku.



Nasihat Saya

Kunci kejayaan dalam speed reading adalah diri sendiri. Praktis dan terus praktis. Ada kawan saya yang boleh buat speed reading menyatakan tidak syok membaca tanpa menyebut. Katanya Keadah tradisional membaca biasa lebih menarik untuk buku cerita. Terpulanglah kepada anda nak guna atau tidak. Saya cuma memberi ilmu kepada yang ingin berkongsi dengan saya. Sebarkan ilmu walaupun satu ayat. Tak rugi mencuba bukan. Anda bukan kena bayar. Keadah secara ringkas telah saya turun kan. Terpulang kepada anda.

Ingat : Sebelum membaca, kena jelas nak guna speed reading atau keadah trasidional. Kena jelas sebelum mula. Ia tidak berkesan kalau buat setengah-setengah. Keadah mana yang hendak diguna kena diset dalam kepala dulu.

Bila nak Guna Speed reading

Setelah lama guna keadah ini. Tidak semua perkara yang dapat digunakan speed reading. Bahayanya anda akan tertinggal ayat-ayat yang penting seperti dalam dokumen pinjaman. Membaca buku cerita menjadi tidak menyeronokkan sebab cepat habis. Saya cadangkan kalau anda hendak membaca buku untuk peperiksaan gunakan keadah pertama. kalau anda rasa nak baca 2 atau 3 kali. Semasa bacaan pertama anda boleh gunakan keadah ke kedua atau tiga. Seterusnya bacaan ketiga anda akan menghalusi bacaaan anda mengunakan keadah pertama. Ingat konsep asas.

Konsep keempat adalah baik untuk mencari perkara yang penting dalam sesuatu buku atau artikel. Ini dapat menjimat masa anda nak buat kerja yang diberi guru atau pensyarah. Mereka yang hebat saja dapat guna keadah ke empat ini dalam semua bacaannya.

Selamat mencuba. Anda akan nampak hasilnya. Kalau anda sudah praktiknya. Ceritakan hasilnya. Email kepada saya happysus@gmail.com. Terima kasih, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda yang mencuba teknik di atas.

artikel asal:
http://happysus.blogspot.com/2006/06/tip-membaca-cara-baru-speed-reading.html



mahu tambah lagi ilmu mengenai speed reading?
download ebook percuma di sini: 

Saturday, 14 June 2014

Dari ABS: Bahasa Masa Depan


Ketampanan sosial adalah modal sosial yang berharga dalam kejayaan bisnes dan kejayaan profesional.
Istilah lain untuk ketampanan sosial adalah social beauty.
Salah satu ciri ketampanan sosial adalah bahasa. Bahasa yang kita gunakan dapat menyebabkan kita dipandang lebih tampan dan lebih pintar daripada diri kita yang sebenarnya.
Bahasa yang kita gunakan juga dapat menyebabkan kita dipandang lebih berilmu dan lebih bijaksana daripada keadaan kita yang sebenarnya.
Ciri-ciri bahasa yang membuat kita merosakkan ketampanan sosial kita sendiri:
+ Bercakap buruk tentang kelemahan dan kekurangan orang lain.
+ Mengkritik dan mengutuk idea dan usaha orang lain hanya kerana usaha orang itu telah gagal.
+ Bercakap tentang masa lalu diri sendiri yang pahit. Kita akan dipandang sebagai orang lemah dan serba tak berdaya mengtasi masalah sendiri, apatah lagi hendak membantu mengatasi masalah orang lain.
+. Bercakap tentang sebarang masalah tanpa kita melakukan sebarang usaha menyelesaikannya.
+. Bercakap tentang perkara-perkara yang di luar kawalan sendiri.
Tema-tema yang di atas itu menyebabkan diri kita dipandang sebagai tukang cacat yang hanya pandai bercakap.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152486154618114

Friday, 13 June 2014

Dari ABS: Membilang-bilang Kargo Unta Merah Orang Muda.


Nabi kita (bacalah salawat) memulakan bisnesnya sendiri secara profesional pada usia 18 tahun.
Tujuh tahun kemudian, pada usia 25 tahun, beliau memberikan hadiah perkahwinan kepada pengantin perempuannya 20 ekor unta merah penuh muatan.
Ada riwayat yang mengatakan beliau juga memberikan hadiah tambahan 100 ekor unta biasa.
Dalam bahasa ekonomi hari ini 20 ekor unta merah itu nilainya umpama truk brand Mercedes yang membawa kontena penuh muatan, manakala unta biasa itu macam truk Hino tanpa muatan.
Jadi, dalam bahasa ekonomi hari ini, berapa juta ringgitkah nilai wang hadiah perkahwinan Nabi kita itu?
.
Masakan seseorang pemuda itu menyerahkan semua untanya dan hartanya sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Tentu banyak lagi untanya dan hartanya yang masih tinggal, yang tidak diserahkan sebagai hadiah perkahwinannya.
Jadi, berapa ratus ekorkah jumlah unta yang dimiliki oleh Nabi kita pada usianya 25 tahun?
Tidak ada rekod yang mengatakan Nabi kita menjual-beli unta. Jadi, semua unta Nabi kita adalah unta logistik. Semua unta itu adalah unta pengangkutan kargo dagangan beliau.
Jadi, berapa banyakkah kargo dagangan Nabi kita?
Jadi, berapa banyakkah staff pembantu Nabi kita yang menjalankan tugas-tugas memberi makan dan minum unta-untanya. Staff yang diperlukan dalam perjalanan perdagangan yang merentasi padang pasir ke 9 buah bandar dan negeri, pada pagi-pagi hari menaikkan kargo ke atas unta-unta itu, dan pada malamnya menurunkan kargo itu?
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152481283363114

Dari ABS: Syarikat Zuhud


Sebagai orang bisnes, kita mempunyai nilai-nilai peribadi kita sendiri. Sebagai contoh, kita seorang yang suka hidup sederhana, ataupun hidup zuhud.
Patutkah kita jadikan nilai-nilai peribadi kita sebagai nilai-nilai untuk semua staff yang bekerja dalam syarikat kita juga?
Ada nilai-nilai peribadi kita yang patut dijadikan nilai-nilai rasmi dalam budaya kerja syarikat kita juga. Ada yang tidak patut.
.
Kita perlu memisahkan diri kita daripada syarikat kita. Diri kita adalah entiti lain. Syarikat kita adalah entiti lain.
Kita boleh sahaja memilih mahu hidup dengan gaya zuhud. Tetapi staff syarikat kita tidak boleh disuruh supaya ikut hidup zuhud macam kita.
.
Syarikat kita juga tidak patut menjadi sebuah syarikat yang zuhud.
Syarikat kita mesti kaya, mesti buat banyak duit. Supaya syarikat kita mampu membayar gaji tinggi dan bonus yang banyak kepada staff.
Soal kita mahu hidup zuhud, itu soal lain. Itu pilihan peribadi kita sendiri. Jangan kerana kita suka hidup dengan gaya zuhud maka kita pun mahukan staff kita supaya zuhud macam kita.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152480743573114

Wednesday, 11 June 2014

TUJUH ELEMEN DAYA PENGARUH PERSEMBAHAN.


1. AUDIENS
2. Mesej.
3. Story.
4. Perkongsian.
5. Slides.
6. Penyampaian.
7. IMPAK.

https://www.facebook.com/roslan.abhamid/posts/887312857961770

Dari ABS: Pengurusan Kredit


Jangan main-main dengan amalan menjual secara kredit 1 minggu, 2 minggu, 3 minggu.....
Jangan main-main dengan hutang agent!
Banyak peniaga yang baru sahaja masuk dunia bisnes merana apabila bisnes lingkup disebabkan gagal mengutip hutang. Barang laku, tetapi bisnes lingkup.
.
INGAT!
Biarlah barang tidak keluar dari setor. Selagi barang masih ada pada kita, selagi itu macam-macam usaha dapat dilakukan ke atas barang kita itu bagi menyelamatkan duit kita.
Tetapi apabila barang sudah diserahkan kepada pihak lain, nasib duit kita sudah tidak lagi di tangan kita.
.
Hubaya-hubaya!
Apabila bisnes kita masih kecil, kita tidak mempunyai keupayaan meng-absorp kerugian yang berpunca daripada hutang lapuk dari agent.
Meskipun cuma 1 orang agent lari tak bayar hutang, dia sudah dapat menyebabkan bisnes kita lingkup!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152478311698114

Dari ABS: Nilai Skill Bekerja dan Skill Bercakap


Apabila kita masuk ke dalam pejabat syarikat Cina, kita sukar berjumpa dengan orang Cina yang suka bercakap dan petah bercakap. Situasi ini terbalik dengan pejabat syarikat Melayu.
Ada perbezaan tentang skill sosial yang dihargai dalam budaya Melayu dan budaya Cina.
Dalam budaya Cina, bakat dan skill petah bercakap tidak diberi markah tinggi. Budaya Cina meletakkan nilai paling tinggi kepada skill bekerja.
.
Pelik tetapi benar!
Orang korporat Melayu memberi markah tinggi kepada calon-calon yang diistilahkan sebagai "pandai berkomunikasi", dalam bahasa mudah "petah bercakap".
Apabila menginterviu staff, eksekutif korporat Melayu memberi markah tinggi kepada calon-calon yang petah bercakap. Mereka sama-ertikan dengan "pandai bercakap" dengan pandai macam-macam, termasuk disama-ertikan dengan "pandai berfikir" dan "pandai bekerja".
Ini berbeza dengan budaya Cina. Mereka tidak memberi markah tinggi kepada calon yang mempunyai skill petah bercakap. Mereka memberi markah tinggi kepada skill bekerja.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152476060408114

Dari ABS: Persediaan untuk 'guru' yang mahu terjun ke dalam dunia bisnes.


Apakah tuan seorang guru sekolah, guru tadika, ustaz, penceramah, trainer, ataupun motivator?
Apakah tuan mahu membuka bisnes yang tidak bersangkutan dengan aktiviti bercakap kepada audiens?
.
Guru sekolah, guru tadika, ustaz, penceramah, trainer, ataupun motivator mempunyai skill 'mengajar-ajar'. Maksudnya, orang tidak bertanya, kita sendiri volunteer memberi penerangan dengan panjang lebar.
Bercakap dengan stail mengajar-ajar adalah skill 'keguruan' yang perlu mula dikikis dari sekarang.
Skill 'asal bercakap kita mahu explain, asal bercakap kita mahu explain'.
Penerangan yang diberi tanpa diminta adalah gaya komunikasi bercakap-dari-atas-ke-bawah.
Contoh ayat-ayat penerangan:
"Jangan tutup aircond. Kita cuma hendak keluar 15 minit. Sebenarnya, kalau kita tutup aircond, kemudian buka balik, itu memakan lebih banyak elektrik. Banyak orang tak tahu itu. Dia cuma nak keluar sekejap, tapi dia tutup aircond. Konon nak jimat. Sebenarnya, aircond itu kuat makan tenaga masa nak di-start. Itu sebab, kalau cuma sekejap, biarkan sahaja aircond itu terpasang, tak payah ditutup. Itu lebih murah. Jimat bill elektrik."
Dalam ayat contoh di atas, ayat arahannya: "Jangan tutup aircond."
Jika ditanya, barulah terangkan mengapa sebaiknya aircond jangan ditutup. Jika orang tidak bertanya, jangan kita volunteer menerangkan.
.
Istilah lain untuk ayat penerangan adalah 'bahasa menggurui'.
+ Ayat-ayat penerangan yang tidak diminta adalah ayat mengajar-ajar. Kita menerangkan kepada orang itu sebab kita sangka dia tidak mengetahui perkara yang kita terangkan! (Jangan-jangan dia tahu lebih banyak daripada kita.)
+ Penggunaan ayat mengajar-ajar membingitkan telinga orang yang mendengar, serupa dengan kesan mendengar ayat leteran.
+ Ketua yang bercakap panjaaaaaang tidak disukai oleh staff dan tim. Mereka berasa diri mereka dilayan macam orang bodoh!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152475874238114