Friday, 30 May 2014

Kesan Negatif Teguran

Situasi seperti dalam surat di bawah ini kerap berlaku. Niat yang betul, teknik yang salah. Penyakit asal tidak sembuh, penyakit baru yang lebih serius pula timbul.
Pekerja melakukan beberapa jenis kesalahan. Towkay menegur kesalahan mereka secara terbuka dan secara berkelompok. Niat si towkay adalah supaya mereka tahu apa kesalahan mereka dan supaya kesalahan itu tidak dibuat lagi. Namun, selepas ditegur lain pula yang berlaku.
.
Apabila teguran dibuat oleh towkay, teguran itu menghasilkan kesan yang lebih parah ke atas self-esteem atau maruah pekerja yang ditegur itu, dibandingkan apabila teguran itu dibuat oleh ketua mereka.
1. Apabila mempunyai staff, lantik seorang menjadi ketua mereka. Tugas-tugas menegur staff dipindahkan kepada si ketua.
2. Hantar si ketua belajar teknik menegur yang betul.
------
Surat yang saya terima:
Salam Puan Ainon, saya banyak membaca posting puan dalam FB dan banyak yang saya belajar daripadanya.
Saya nak bertanya 1 soalan kepada puan, mungkin puan boleh memberi pandangan dari sisi yang berbeza.
Saya membuka sebuah kedai makan. Baru-baru ini saya ada menegur pekerja saya tentang kerja yang dibuat oleh mereka dan juga beberapa perkera yang saya rasakan perlu untuk ditegur.
Sejak saya tegur mereka, situasi kerja yang sebelum ini ceria bertukar menjadi suram. Saya jadi sedikit tertekan dan sentiasa memikirkan, adakah salah sekiranya saya menegur mereka.
Saya juga terfikir untuk bertanya secara 'face 2 face' dengan mereka, tetapi saya mendapat nasihat dari seseorang bahawa lebih baik untuk berdiam diri.
Saya buntu dan juga tertekan dengan situasi ini dan menyebabkan saya hilang tumpuan dan selalu termenung serta berdiam diri.
Adakah saya terlalu sensitif? Saya amat-amat perlukan nasihat daripada seseorang yang boleh membantu saya. Amat berharap puan dapat memberi pandangan dan juga nasihat.
Puan AEI
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152448783193114

No comments:

Post a Comment