Menurut pakar-pakar psikologi kejayaan, orang bisnes memang mempunyai ciri-ciri psikologis yang membezakan mereka daripada orang bukan bisnes.
Sebagai contoh, orang bisnes mempunyai 'need for achievement' yang sangat tinggi. Dalam bahasa mudah 'need for acheivement' adalah kehendak mahu menjadi orang yang berjaya.
Jadi, apabila 'kehendak kepada kejayaan' itu sangat tinggi, kita sanggup bekerja terlalu kuat demi mencapai kejayaan dalam bisnes kita.
.
Namun, kerja kuat sahaja tidak cukup bagi mencapai kejayaan dalam bisnes. Banyak orang bisnes yang sangat kuat bekerja, namun bisnes mereka tidak berkembang sebagaimana yang sepatutnya.
Sebagai contoh, selepas 10 tahun membuka bisnes, jualan syarikat belum mencapai RM1j sebulan. Sedangkan kita bekerja macam tidak cukup hari....
.
Orang bisnes mesti bekerja kuat dalam kerja-kerja hakiki orang bisnes. Ertinya, kita mesti tahu kerja-kerja hakiki kita. Lakukan yang itu. Lakukan kerja-kerja itu dengan bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, membanyakkan kawan-kawan baru adalah kerja hakiki orang bisnes. Jadi, keluarlah. Pergilah berjumpa dengan orang-orang bisnes yang belum kita kenali. Berkawan-kawanlah dengan mereka.
Serahkan kerja-kerja yang lain kepada partner ataupun kepada staff.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152442167678114
No comments:
Post a Comment