Friday, 23 May 2014

Dari ABS: Apakah itu halangan psikologis?


Seandainya kita dihidangkan dengan air sirap berwarna biru dakwat, apakah kita akan meminumnya? Ataupun, kita dihidangkan nasi berwarna merah, apakah kita akan memakannya?
Jika tidak, itu bermakna ada sesuatu di dalam diri kita menghalang kita daripada mahu meminum air sirap itu ataupun memakan nasi itu.
Itulah yang disebut dengan istilah 'halangan psikologis'.
.
Produk-produk lama tetapi yang kelihatan 'lain dan baru' berdepan dengan banyak halangan psikologis. Ini lebih-lebih lagi apabila produk itu jenis yang perlu ditelan!
Air sirap adalah produk lama. Tetapi air sirap berwarna biru dakwat adalah produk lama yang kelihatan lain dan baru. Begitu juga nasi berwarna merah.
.
Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk-produk terkilang yang sebenarnya adalah produk 'lama' tetapi kelihatan sangat 'lain dan baru'. Sebagai contoh,
terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan psikologis.
Produk seperti itu sukar dijual. Agent-agent yang cuba menjualnya terpaksa bercakap banyak, cuba meyakinkan prospek berkenaan keistimewaan produk itu.
.
Produk yang baik adalah produk yang menjual dirinya sendiri. Orang tengok, terus orang mahu beli.
Produk-produk baru yang mudah diterima dan dijual adalah produk yang menyelesaikan masalah-masalah harian.
Bawang putih yang sudah siap terkupas sangat laku di kalangan penjual makanan, dan orang yang memasak untuk kenduri.
Salah satu masalah suri rumah adalah membersihkan ikan bilis. Apabila kedai menjual ikan bilis yang sudah siap dibersihkan, jualannya sangat laku.
Begitu juga dengan santan kotak, bawang goreng dan kerisik.
Salah satu masalah penjual makanan adalah mengupas bawang merah. Seandainya kita dapat menjual bawang merah yang tidak perlu dikupas lagi oleh pengusaha makanan, benda baru macam ini mudah dijual.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152432348698114

No comments:

Post a Comment