Apabila Apple membeli Beats, para analist mengeluarkan pelbagai agakan dan ramalan. Mereka cuba meneka apa sebenarnya strategi Apple di sebalik langkah membeli Beats.
Strategi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apabila sesuatu itu dapat dilihat, perkara itu adalah 'taktik'. Langkah Apple membeli Beats adalah 'taktik'. Bukan strategi.
.
Papan-papan iklan gergasi yang didirikan di lebuhraya adalah taktik. Itu bukan strategi.
Nestle Malaysia memasang papan iklan gergasi bagi mengiklankan Milo. Duta Milo adalah atlet dan ahli-ahli sukan Malaysia sendiri. Apakah strategi Milo?
Celcom pun memasang papan-papan iklan gergasi. Duta Celcom adalah ahli-ahli sukan luar negara. Apakah strategi Celcom?
.
Banyak peniaga Melayu yang mengeluarkan produk terkilang melantik diri mereka sendiri sebagai duta produk mereka. Apakah strategi mereka?
Jangan tiru sesuatu taktik dengan tidak memahami strategi di sebaliknya. Ia umpama membakar duit besar dengan tidak tahu untuk apa sebenarnya duit besar itu mahu dibakar.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152405443388114
No comments:
Post a Comment