Sunday, 18 May 2014

Dari ABS: Kelip-kelip disangka api....


Salah satu kesilapan yang kadang-kadang dilakukan oleh orang yang baru hendak terjuan ke dalam bisnes adalah 'mengejar harapan palsu'.
Sebagai contoh, kita masuk menjadi anggota sesuatu kumpulan bisnes. Kemudian ketua kumpulan bercerita tentang bagaimana kita boleh buat bisnes yang untung besar.
Kita telan cakap-cakap ketua kumpulan kita itu. Tanpa kita memiliki informasi yang betul, kita tidak mampu memastikan apakah yang perkara itu fakta ataupun hanya cerita yang direka-reka bagi menimbulkan keyakinan kita.
Semuanya kita terima sebagai betul. Padahal apa yang disampaikannya itu adalah cerita. Cerita yang membangkitkan harapan palsu.
.
Kita pun memulakan langkah mengejar harapan palsu itu. Sedikit pun tidak disangka apa yang kita kejar itu bukan api, melainkan hanyalah kelip-kelip.
Tetapi langkah mengejar kelip-kelip itu memakan kos yang besar. Ada yang membakar hangus duit pinjaman bank beratus-ratus ribu, duit pampasan VSS, duit caruman KWSP, duit saguhati persaraan....
.
Salah satu perisai yang dapat melindungi kita daripada terpedaya oleh penjual-penjual harapan palsu adalah dengan menjalin networking dengan sesama orang bisnes.
Apabila ragu, kita mempunyai tempat bertanya dan mendapatkan maklumat yang betul.
Inilah salah satu tujuan kita berkafilah-kafilah dalam ABS. Kita saling menjaga keselamatan sesama kita.
Kambing yang dibaham serigala adalah kambing yang keluar dari kumpulan.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152421237463114

No comments:

Post a Comment