Monday, 26 May 2014

Dari ABS: Pintu Keluar


Banyak peniaga tidak mampu 'bersara' walaupun usia sudah tua. Jika mereka berhenti menjalankan bisnes, duit pun berhenti masuk. Terpaksalah mereka terus bekerja meskipun hati sudah mahu bersara.
Situasi seperti ini dapat dielakkan dari awal. Rancang bagaimana kita akan bersara daripada menjadi pekerja kepada bisnes kita sendiri.
.
Bukan semua orang mahu membesarkan bisnes mereka sehingga terpaksa mengurus berpuluh-puluh ataupun beratus-ratus staff. Bukan semua pemilik butik mahu memiliki kilang pakaian. Bukan semua pemilik restoran mahu membuka cawangan.
Memang banyak pemilik bisnes yang seronok menjalankan bisnesnya sebagai suatu kecintaan-hati. Bisnes mereka adalah karya seni mereka. Segala sesuatu pada bisnesnya adalah pencaran jiwa seninya.
Bisnes mereka adalah life-style mereka!
.
Bagi mereka dalam kategori ini, mereka memerlukan exit-plan.
Apakah yang perlu mereka lakukan kepada bisnes mereka apabila mereka sudah tua? Serahkan kepada anak? Jual bisnesnya? Tutup macam itu sahaja?
Bagaimana pula dengan sumber kewangan peribadi mereka? Bagaimana dengan staf mereka?
Kita perlu merancang dari sekarang exit-plan yang baik. Sebagai contoh, jika mahu menjual bisnes yang ada, apa langkah-langkah yang perlu diambil supaya nilai bisnes itu tinggi semasa dijual. Dengan itu penjualan tersebut sangat menguntungkan kita.
.
Exit-plan sangat penting kerana:
+ Kita mempunyai staf. Adalah tanggungjawab kita memikirkan kebajikan mereka apabila kita sudah tidak mahu meneruskan bisnes kita.
+ Kita mungkin mempunyai hutang-hutang kepada pembekal, bank, finance dan lain-lain.
+ Selepas kita tutup bisnes, dari manakah pendapatan kita akan datang?
.
Kita juga mempunyai tanggungjawab moral kepada staf kita. Walau apa sekalipun plan-plan bisnes kita, staf kita mestilah menjadi sebahagian daripada plan kita itu.
Pelan exit wajib disediakan untuk bisnes kita. Apabila kita menetapkan pelan exit, kita akan pilih tahun bila kita mahu exit. Kita akan pastikan kita sudah memiliki harta yang cukup pada tahun itu.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152440079943114


No comments:

Post a Comment