Jangan fikir produk dahulu. Ini tidak betul. Kesilapan ini banyak berlaku. Belum apa-apa kita sudah memikirkan produk apa yang hendak dibikin dan dijual.
Belum apa-apa sudah memikirkan mahu pinjam duit bank mana bagi mendapatkan modal. Sudah difikirkan geran tanah mana yang mahu dicagarkan. Ini silap besar!
Belum apa-apa sudah memikirkan hendak buka francais apa. Bukan macam itu!
Fikirkan segmen kustomer dahulu. Segmen mana yang kita mahu buat bisnes dengan mereka.
.
Saya ulang, fikirkan segmen kustomer dahulu. Saiz 'kustomer' itu sangat besar.
Jangan fikir 'kustomer'. Fikir 'segmen kustomer'. Segmen mana yang kita mahu buat bisnes dengan mereka.
Banyak peniaga Melayu tidak menetapkan dengan spesifik segmen kustomernya. Ini tidak betul.
Contoh:
Mereka cuma berkata: "Saya nak jual jus kurma."
Apabila ditanya: "Mahu jual jus kurma kepada siapa?"
Mereka jawab: "Kepada sesiapa sahaja yang mahu jus kurma."
INGAT! Jangan buat 1 pasang kasut untuk kaki semua orang!
.
Dengan bahasa lain, mesti dikenalpasti duit dari dompet siapa yang kita mahu ambil?
+ Tetapkan dahulu dengan segmen kustomer mana kita mahu menjalankan bisnes kita. Dengan remaja lelaki? Dengan remaja perempuan. Dengan remaja bandar anak orang kaya?
+ Kenal pasti apa citarasa, perangai dan tingkah laku kustomer segmen itu. Apa perangai remaja lelaki, anak orang kaya bandar?
Baru mula fikirkan soalan cepu emas: Apakah kehendak mereka?
.
CDM (customer development model) ini sangat penting. Jika kita tidak lakukan kerja-kerja membangunakan kustomer, bisnes kita akan terkial-kial hendak membesar.
Dalam grup ABS ini, ahli yang paling berjaya membangunkan kustomer untuk produknya adalah Tuan Syaizul Amal.
Brand 'AinMaisarah' tidak pernah wujud. Beliau mencipta produk-produk yang menggunakan label AinMaisarah. Dari label AinMaisarah, beliau bangunkan brand AinMaisarah. Beliau membangunkan penggemar dan pembeli produk-produk AinMaisarah.
.
PTS mengambil masa 3 tahun, barulah kami rasa 'macam sudah kenal' apa ciri-ciri sebenar segmen kustomer buku-buku PTS.
Sebelum itu, kami rasa macam sudah kenal. Namun, tetapi banyak kesilapan berlaku. Ini terbukti apabila buku-buku yang diterbitkan tidak berapa laku.
Sejak awal-awal, sebelum PTS dibuka, saya sudah tetapkan segmen kustomer untuk buku-buku agama PTS adalah:
+ Usia mereka di bawah 40 tahun.
+ Mungkin mereka tidak tahu membaca huruf Arab.
+ Hidup dengan gaya modern.
+ Berpendidikan tinggi.
+ Suka membaca.
+ Mungkin mereka tidak tahu membaca huruf Arab.
+ Hidup dengan gaya modern.
+ Berpendidikan tinggi.
+ Suka membaca.
Semua buku agama PTS dipakejkan supaya memudahkan segmen kustomer itu faham apa yang dibacanya.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152411855138114
No comments:
Post a Comment